Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama Sekolah

Author : Hazwani Hassan Time : 11:40:00 AM Comments : 0 Labels :
Hari nie kat kawasan rumah Wanie, matahari sudah mula menunjukkan dirinya setelah 2 hari bersembunyi. Wanie tak tahu kemana Cik Matahari nie pegi selama 2 hari nie. 2 hari sebelum nie hujan tak berenti kat kawasan rumah Wanie. Sejuk giler weh. Sampai terfeeling dok kat Korea dah. Tiap masa asyik nk tido jer. Kalo tak hujan pon kau asyik tido jer Wanie oii! Jangan nk memberi alasan sangatlah. Kekeke.

Okey, hari nie nk cita pasal first day Si Kecik pegi sekolah. Dia dah masuk Darjah 1 weh. Kitorg start sekolah semalam okey, bukan hari nie. Ini kerana kami semua Anak-anak Kedah. Yayy!!! Disebabkan kami Anak Kedah, maka kami bersekolah awal. Ha! Sebelum tue nk bgtau yg tok Wanie dtg rumah Wanie dgn Paksu & Maksu semalam. Diorg sampai dalam pkul 10 pg cmtu. Datang buat apa? Saja jer nk melawat kami. Kekeke. Abah pon balik jugak semalam semata-mata nk hantar Si Kecik ke sekolah.

Sekolah sini ada 2 sesi, sesi pagi & sesi petang la kan. Tak kan sesi malam pulak. Si Gemuk sekolah sesi pagi & Si Kecik sesi petang. Sesi petang Masuk pukul 1.10 ptg tapi pkul 1.00 ptg dah kena pegi. Sebab diorg kena beratur dekat dewan dulu. Emak pegi hantar dengan Abah sementara kitorg tunggu kat rumah sebab ada Tok & Paksu. Tunggu punya tunggu, pukul 2 Abah tak balik lagi. Dalam dok sembang-sembang cakap Abah tak balik, tetibe dengar bunyi keta Abah. 

Abah balik dgn Si Gemuk dulu sebab Emak lambat lagi. Abah suruh kitorg pegi ambik Emak tapi belum sempat kitorg pegi ambik Emak dah balik. Emak cakap diorg lambat masuk kelas sebab kelas sesi pagi ada yg belum keluar. Sebab tue jadi lambat. Emak cakap student tahun nie takde yang nangis pon. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya Si Kecik tak menangis. Lepas tue, jam 3 ptg, kitorg pegi lagi sebab Si Kecik nak rehat.
Kitorang takut nak bagi dia rehat sorg. Lagipon nie hari first, ramai parents yg pegi bawa bekal untuk anak diorang. Wanie pegi dgn Emak jer, sebab yg lain tak nak ikut. tambah pulak ada Tok kat rumah, Emak soh diorg teman Tok. Kitorg sampai tepat-tepat diorg keluar rehat. Tapi kelas dia keluar lambat sikit. Ramai la parents yg dtg. Penuh sekolah dgn parents jer. Wanie dgn Emak pegi duduk kat 1 kerusi nie & tunggu dia turun. Kitorg bawak nugget jer utk dia. Sebab Si Kecik nie bukan makan nasik sgt pon.
 
Lepas makan bawak dia pegi toilet siap-siap. Lagi 5 minit nk bunyi loceng, kitorg dah soh dia naik kelas. Wanie tunggu kt bawah sebab nk tgok dia tahu ke tak kelas dia. Tapi disebabkan dia terlalu ketot & kemetot, Wanie tak nampak betul ke dia masuk kelas dia. Lastly, Emak suruh naik pegi tgok dia. Takut dia silap masuk kelas. Terpaksalah Wanie menapak naik tangga. Dahlah tingkat 2. Kus Semangat. Bape tahun dah tak naik tangga sekolah. Letih giler. Wanie tgok dia dah ada kat kelas dia. Lepas Emak kawan dia, Dini ajak diorg pegi toilet pulak. Wanie dah cakap kt Acik tue yg dia dah pegi toilet, tapi dia nk pegi gak.
Wanie cakap yg kitorg dah nak balik, dia pon okay jer bye-bye kitorg. Lepas tue, kitorg pon balik. tapi time nie, ramai lagi parents yang tak balik. Mungkin diorg tunggu sampai ptg kot. Sampai anak-anak diorg balik.
Petangnya pulak, Emak pegi amek dgn Si Tinggi. Balik pkul 6.10 ptg, sampai rumah pukul 6.50 ptg. Motip? Diorg pegi ambik Si Kurus sama. Ditambah pulak jalan yg jammed. Sapa ckap jalan kat Kedah tak jammed? Kekadang jammed jugak. Tension I tau. Tapi bukan Wanie yg ambik pon.
 
Dah sampai umah, Si Kecik terus pegi main dgn kawan dia. Tanpa menyalin baju sekolahnya. Dia cakap kalau dia salin baju, nanti dah tak sempat main. So, Emak bagi dia main terus. Cakap pasal Si Kurus, hari nie first day dia utk Sekolah Menengah. Wanie rasa dia okay, sebab dia dah tau kelas semua. Tapi dia cakap diorg tak belajar lg. Minggu nie diorg kena dok kat dewan jer. Takpe lah cmne pon, asalkan korg belajar rajin-rajin. In Sha Allah.

P/S : Tok, Paksu & maksu balik dalam pkul 4.30 ptg cm tue. Sebab diorg tunggu Paksu bangun. Tok ajak Wanie pegi rumah dia, tapi Wanie tak pegi pon. Emak cakap kalau Wanie pegi Wanie dok pegi habiskan beras rumah Tok jer. Kekeke

No comments:

Post a Comment