Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah

Author : Hazwani Hassan Time : 3:08:00 PM Comments : 0 Labels :

Salam Maal Hijrah. Semoga di tahun baru ini, kita penuhi buku kita dengan amalan - amalan yang soleh dan mulia.

Hari ini bebudak nie semua cuti. Jadi tak payah sibuk sangat nak pegi hantar diorg ke sekolah. Si Tinggi pun cuti jugak hari nie. Pagi tadi, Emak ajak pegi pasar borong beli ikan. Sebelum nie kitorg beli ikan dekat pasar biasa ja. Tapi sekarang kitorg suka beli kat pasar borong. Nama pon pasar borong kan, mestilah barang murah sikit kat situ. Beli lah 2 3 jenis ikan. Tak beli banyak pon, bebudak nie bukan makan ikan sangat. Asyik nak ayam jer. Tapi kalau dah tiap-tiap hari makan ayam, muak jugak. Itu yg Emak ajak pegi beli ikan sikit. Lagi pon, Abah nak balik hari khamis nie. Itu yg beli siap -siap tue.


Hari ni Wanie masak. Huhuhu. Emak cakap hari nie nak buat kari tapi Emak suruh Wanie yang buat. First time buat kari. Sebelum nie asyik masak sambal atau kicap jer. Tup-tup hari ini kena masak kari. Tapi nasib baik cikgu kos rumahtangga nie baik sangat. Selalu bertanya pun takpa. Tak marah pun. Asal boleh buat sudah.

Alhamdulillah, menjadi juga kari yang Wanie masak. Walaupun tak sesedap yang Emak buat. Emak cakap boleh praktis lagi. Lama-lama sedap lah. InsyaAllah. Semalam Wanie pergi klinik. Sebab Si Kecik demam. Emak pon nak pergi check-up jugak sebab Emak cakap yg beliau selalu pening. Takut ada darah tinggi.

Ingat nk pergi dekat klinik 1 Malaysia nie jer. Tapi pukul 10 baru bukak. Kitorg ingat hari Isnin diorg tak bukak, terus kitorg pergi klinik Kesihatan Tasik Gelugor. Nasib baik org tak ramai. Bila dah check, memang betul Emak ada darah tinggi. Tapi sikit jer la. Esok lusa kena pergi check lagi. Huhuhu. Sebelum nie takpe pun, ntah kenape 2 3 ari nie baru jadi darah tinggi. Doakan semuanya baik. Insya Allah






Sunday, November 3, 2013

Hi November!

Author : Hazwani Hassan Time : 8:57:00 PM Comments : 0 Labels :

Tak sangka yang Wanie tak membelog pun bulan Oktober hari tue. So, hari nie Wanie nak mintak maaf sebab tak membelog. Wanie pun tak tahunya sebabnya. Kalau kengkawan tahu, sila tulis jawapan di ruang yang disediakan. Okeh, melalut.

So, apa yang jadik bula Oktober hari itu? Macam - macam yang jadik. Tapi Wanie macam malas nak cerita. Kita tak payah cita la ek kisah bulan oktober dulu. Mari kita sembang kisah bulan nie jer.

Hari khamis lepas, sekolah SG dan Si Kecik buat Hari Kantin. Pagi tue, Wanie pegi antar SG dgn Si kecik ke sekolah dulu. Dalam pukul 8.30 baru Wanie, Emak, Si Kurus dgn kawan Si Kurus pegi. Tak de apa yg menarik pon. Cuma jual-jual macam tue jer la. Tapi, jual-jual pon tak banyak. Lagipon, sampai pukul 1.00 jer. Waktu Wanie sekolah dulu, sampai malam. Masa sekolah rendah, waktu malam siap ada wayang kulit lagi. Owh, indahnya zaman itu. Hehehe.

Hari jumaatnya pulak, kitorg kena pegi amek tong sampah. Wanie pun tak tahu semua tempat atau tempat Wanie jer yang dapat tong sampah nie. Sebelum nie, kitorg akan buang sampah dekat tong sampah besar tapi sekarang nie tak. Diorg bagi tong sampah untuk setiap rumah dan diorg akan pegi kutip. Masa Wanie tinggal kat Bukit Kayu Hitam dulu, diorg dah buat. Cuma kat sini diorang baru buat.

Sekarang nie dah gila main Candy Crush Saga balik dah. Dulu Wanie dah berenti, tapi Kakak start main pulak. So Wanie pon main la balik. Kang ada yang nangis pulak tak leh minta tiket and nyawa. Kekeke. Wanie tak sabar nie. Kakak Wanie dah nak bersalin. Bulan Disember nie. Owh, excitednyer nak jadik Mak sedare. Doakan semuanya okay yer kengkawan.

P/S : Meet my other half