Monday, December 31, 2012

Happy New Year

Author : Hazwani Hassan Time : 11:18:00 PM Comments : 0 Labels :


Hari nie boleh update awal sikit. Adik2 semua dah tido sebab esok dah start sekolah. Selalunya Wanie type malam tapi post keesokan harinya, tapi hari ini nk post malam nie jugak. Sebab nk ucap Happy New Year pada semua kengkawan Wanie. Pejam celik pejam celik dah habis tahun 2012. Mcm mane? Terlaksana tak azam 2012? Lepas nie nak pkir azam 2013 pulak. Wanie punya azam 2012? Boleh la. Ada yang tercapai ada yang masih belum tercapai.

So, sapa pegi I-City & Dataran Merdeka malam nie? Wanie tak pegi mane2 pon. Dok tercongok depan PC menaip entry nie je. Esok Adik2 dah start sekolah. Aduh, kejap jer rasa bebudak nie cuti. Lepas nie dah start aktiviti mcm biasa. Si Kurus dah masuk Tingkatan1, Si Gemuk pula tahun nie UPSR. Ermm, Si Kecik dah besar dah, dah masuk Darjah 1. Hari tue pegi bayar yuran sekolah, check dia masuk kelas mana. Alhamdulillah, dia dah menggembirakan hati Emak. Dia masuk 1R1. Kelas no 1. Belajar rajin-rajin yer dik. Bagi Emak bangga.

Okeh, di kesempatan ini, Wanie nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua yg mengenali diri Wanie. Semoga hari-hari yang mendatang akan berjalan dengan lancar dan dilimpahi rahmat.

Sunday, December 30, 2012

Lawatan ke KL 3

Author : Hazwani Hassan Time : 10:00:00 AM Comments : 0 Labels :
26/11/12 - Rumah Mak Andak

Hari nie sebenarnya kitorg tak pegi mane-mane pon pagi. Sebab eh, kitorg bangun lambat. Yeayy!!! Semua bangun lambat disebabkan hal semalam. Ye la, kan kitorg sampai hotel pon dah dekat 2 pagi. Kitorg bangun dalam pukul 10 pg cm tue. Waktu nie Abah dah ajak Adik2 pegi breakfast kat bawah. Diorg pegi tapi tak makan pape pon sebab dah abes. So, Abah ajak Akak pegi beli kat luar. Pastu, Abah suruh Akak pegi basuh baju kitorg kat rumah dia. Tinggal Wanie dengan Emak jer kat hotel. Wanie tak buat pape pon, Wanie makan jer. Kekeke.

Petangnya pulak, Abah suruh kitorg pegi rumak mak sedare kitorg kt mane ntah? Ala, Wanie lupa pulak dia tinggal kt mana. Kat Damansara kot. Hentam jer la. Kekeke. Wanie pegi dgn semua kecuali Abah Wanie sebab Abah ckap kawan Abah nk dtg jumpa Abah. So, kitorg pegi tanpa Abah. Ha, sebelum tue Akak ade tepon Mak Ndak, bg tau yg dia nak bawak kengkawan dia pegi rumah Mak Ndak. Mak Ndak tak tahu pun yg kitorg dtg KL. Mak Ndak nie adik Emak. Waktu nie, Tok Wanie belah Emak pon ada kt umah Mak Ndak. KIranya kitorg nk buat surprise la. Bg tau Mak Ndak suruh masak bebanyak ckit sebab dia nk bawak kawan ramai.

Kitorg pegi dalam pkul 6 mcm tue. Jalan? Of course la jammed. Tambah dengan hujan pulak, lagi bertambah lambatlah perjalanan kami. Tapi Alhamdulillah, kami selamat sampai. Bila sampai jer, mula la buat surprise kat Tok. Time nie Mak Ndak tgh mandi. Bila dia keluar dari bilik air, dia cakap. "Ermm, dah tau dah korang nk datang, surprise la sangat." Cis, kurang asam jawa sungguh. Rupanya kejutan kami tak menjadi. Huhuhu. Kami dok sembang2 jap pastu makan. Gambar tidak diambil sebab kami suma tak pakai tudung. Jadi tak tangkap pon gambar. Tok masak sedap waktu nie, kena dengan selera kami. Lagipon kami dah lama tak makan masakan Tok. Rindunya kat Tok.

Ha! Ari tue Wanie ada cakap yg adik Wanie Si Tinggi tak datang sebab keje kan. Sebenarnya KOntrak dia dah habis pon dengan kilang yang dia tengah keje nie. Kontrak dia habis semalam tapi pihak atasan tak bagi tahu dia. Dia tepon Abah cakap yg dia nk datang KL gak. Abah pon cakap tak pe lah dah dia nk datang. Dia datang sendiri naik bas. Dia naik bas kt Kulim pkul 10 mlm dan sampai KL pkul 4 pg. Wanie tak sedar pon dia sampai. Akak Wanie yg pegi ambik dia dengan Abah Wanie. Wanie tido tak sedar diri. Kekeke. So, ari nie, kami pegi rumah Mak Ndak jer la. Tu pun kitorg balik awal. Tak mcm semalam. Abah pulak pegi jumpa kawan Abah kt Intermark. Kitorg balik dulu tapi Abah sampai dulu sebab Intermark dekat jer dgn hotel kitorg. Dan seperti biasa, Wanie balik dan tido dgn jayanya. Kekeke...

To Be Continue........

Friday, December 28, 2012

Lawatan ke KL 2

Author : Hazwani Hassan Time : 10:30:00 AM Comments : 0 Labels :

25/11/12 - Check-In Hotel & Rumah Epul

Bila Wanie sampai jer, terus Abah cakap yg kitorg tak boleh check-in lagi. Ye la, sape nk check-out pepagi buta kan? Selalunya org check-out dlm pkul 12 mcm tue. Waktu nie, baru pkul 7 lebih. Ada lebih kurang 5 jam lagi kalau nak tunggu. Owh, lupa nak bgtau yg kitorg akan check-in kat hotel nie:-

The Nomad SuCasa
222 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
http://www.thenomadsucasa.com/

So, kitorg duduk jer la kat lobby tue lebih kurang dalam 30 minit. Pastu Abah cakap kat Kakak suruh bwak kitorg balik rumah dia dulu. Sebab eh kitorg nie tak mandi laie. Abah suruh pegi pasar sama untuk beli ikan or sayur. Senang nk masak bila dah check-in nanti. Wanie, Emak & Si kecik ikut kakak balik rumah dia. Abah, Si kurus & Si Gemuk pulak tggu dkat hotel. Mana tau kot boleh masuk awal kan. So, bermulalah kisah hidup Abah dan anak-anaknya kat sana. Kejap pegi swimming pool, kejap dtg lobby balik, kejap pegi toilet. Aihh, mcm2 la diorg buat kt situ sementara nak tggu kitorg blik.

Kitorg pulak, memula sekali pegi pasar dekat Chow Kit. Serious Wanie ckap, Wanie tak pernah pegi pasar yg sepanjang @ sejauh nie. Walaupun dah jalan jauh masih tak nampak penghujung jalannya. Yang si Kakak & Emak nie seronot jer Wanie tgok berjalan sampai tak berenti. Ikan yg dicari tak jumpa jgak. Last2 pusing balik & beli dekat kedai mula2 sekali. Aihh.. Ikut jer la, kang tak ikut kena tinggal pulak. Nnti tak de sapa nk ambil bela kan. Kekekeke...

Lepas selesai aktiviti berjalan kt pasar CHow Kit, kitorg terus pegi rumah kakak. Eh, rasa mcm ada yg tertinggal. Haa!! Kitorg pegi antar Epul kat rumah dia dulu. Lpas tue baru pegi umah Kakak. Kat rumah dia takde org sebab masing2 keje. Kakak pulak pkul 10 baru keje. So, ada kami berempat jer kat rumah tue. Kitorg pon start la aktiviti kitorg. Makan & mandi. Dah selesai semua, dlm pukul 9.30, kakak antar kitorg blik Hotel sebab dia nk pegi keje. Emak bgkus nasi untuk abah & adik2 yg lain. Waktu nie, still tak boleh check-in lagi. Kitorg pegi makan dekat swimming pool smbil tgok org mandi. Kekeke.

Dalam pukul 11 cam tue, kawan Abah dtg. Ingat dia nk datang waktu kitorg pegi rumah kakak tadi, boleh la dia bawak Abah & Adik2 pegi makan. Tapi dia datang waktu Abah & Adik2 dah selesai makan. So, Abah pegi sembang2 jer la dengan dia. Masa nie, baru pihak hotel bg tau yg kitorg dah boleh check-in. Tue pun, tak dapat bilik yg kitorg nak. Kitorg nk tingkat 3, dia bg tingkat 21. Tinggi sgt, gayat weh. 1 reason why dia bg blik ini adalah kerana dia kesian tgok adik Wanie kejap tidor sana, kejap tonggeng sini. Terus dia bg bilik yg paling awal check-out. Kekeke. Kamsahamnida!!!

Abah tgah check-in. Si Kurus tue nyibok jer.

Kitorg dapat bilik 2121. Cantik tak no bilik kita? I suka tau. Hehehe. Masuk jer dalam bilik, terus jer kitorg membuta dengan jayanya. Wanie tido tak hengat dunia. Wanie sedar jer kakak Wanie dah balik keje. Hurm, kakak Wanie, dia dah angkut segala baju dia untk tido bersama kami. Dasat tak kakak Wanie? Org tido hotel. dia pon nk jugak. Abah pun tak ckap apa. Kang cakap sentap pulak kan. Redha jer la ada anak mcm nie. 

Malamnyer pulak, kitorg dah janji nk pegi rumah Family Epul kat Nilai. Dalam pkul 8.30, Epul dtg ambik kitorg. Kitorg pegi 2 kete. Kete kakak dgan kete kawan dia, Epul pinjam. Jalan di KL adalah tidak fun ok. Sangat jem. Tapi kitorg guna Smart Link kot. Lupa la nama apa. Guna link tue tak de lah jem sangat. Kitorg pegi makan2 jer. Wanie tak ambik gambar pon. Kang diorg ckap Wanie tak betul pulak. Kejap2 ambik gambar kan. Dah la Wanie masih dlm proses mengenali antara satu sama lain. So, Wanie sangat bersopan-santun kala itu. Cuma time dgar lagu 'Apo Kono Eh Jang' jer terover ckit. Tersengih2 mcm kera tak cukup bulu. Kekeke.

Kitorg blik dari umah Epul pkul 12. Sampai hotel boleh kira sendiri ye pkul berapa. Sebab dah malaih nk kira. Yang Wanie tau kitorg tido pkul 3 pagi masa tue. Amatlah penat hokeh. Tido pon x sempat nk mimpi. 

To be continue............





Tuesday, December 11, 2012

Lawatan ke KL 1

Author : Hazwani Hassan Time : 10:00:00 AM Comments : 0 Labels :

24/11/12 - Memories of Train

Wanie cuba luangkan masa untuk hapdate sedikit demi sedikit kisah hidup Wanie waktu kt KL hari tue. In Sha Allah dlm minggu nie atau minggu dpan selesai la kot. Bajet mcm pegi lama pulak kan. Kekeke. Wanie pegi 24 hingga 29. Lama tak? Seminggu jer, x boleh pegi lama2 sebab kt kampung ada knduri. Pegi seminggu pon dah ckup sbb kitorg x jejalan mana pun. KL kan tgah musim ujan skang, so nak kluar pon pyah.

Ktorang bertolak dri umah pkul 8 pg camtu lah. Kitorg kena pegi rumah Abah dulu. Sebab kitorg naik train dekat stesen Alor Star. Kitorg bertolak awal sbb eh baju suma x packing lg. Beg roda besar ada dkat rumah Abah. Bila sampai umah Abah baru gelut nk lipat baju, nak packing, nak bawak tu, nak bawak nie, haihh mcm2. Train ktorng pkul 7.45 mlm. Maknanya sempat la kitorg solat Maghrib dulu.

Ktorg bertolak dari rumah Abah pkul 6 ptg. Takut tak smpat sampai sebab tu pegi awal sikit. Kitorg naik teksi kwan Abah 2 bijik. Sebijik mana muat weh. Badan sorg2 macm tong drum. Mana nk ltak beg lagi, lastly Abah minta 2 bjik. Waktu nak pegi nie ujan tapi x berapa nk lebat la. Jalan pon okay, x jam. Iyelah bukan dok KL pon nk jammed kan. Jalan kat Kedah amatlah fun okay. Tak jammed pon. Ohmaigad, I love Kedah!! Motip?

Sampai kt stesen dalam nak dekat pukul 7 dah. Tak sangka ramai jugak org yg nk pegi KL naik train. Ye la, train kan slow. Selalu org naik bus jer. Boleh kata malam tue penuh jgak la stesen. Kitorg smpai trus pegi solat Maghrib dulu. Dekat situ disediakan surau, so boleh solat dulu smntara tggu train dari Hatyai tue sampai. Lepas solat, lama jugak la kitorg tunggu sbb train lmbt sampai. Dlm pkul 8 baru train sampai. Kitorg pon gelut jer naik. Dah tak pernah naik train weh, takut kena tinggal jer. Kekeke.

Train nk pegi, kitorg dok class biasa jer. Penuh jugak seat. Kitorg dok depan sekali, depan tv tapi x tgok tv pon. Mula2 jer jakun, dah lama sikit rasa biasa jer naik train. Macam naik bus jugak. Disebabkan kitorg naik malam, maka aktivitinya ialah tido. Abah pegi beli nasi lemak kt kantin sebab semua dok merengek kata lapar.  Lpas makan nasi lemak mula la rasa mengantuk. Tapi harem, tak boleh tido pon. Kenapa?

Sebab yg pertama adalah, belakang seat yg Abah dan Emak dok ada seorg akak nie, dia naik train dgn 2 org anak dia. Seorg dalam 3 tahun cmtu la. Sorg lagi maybe 1 tahun kot. Anak dia yg kecik tue, sebelum kitorg tido, dia dok main dengan Si Gemuk & Si Kurus. Kiranya dia happy la. Tapi bila time tido, Masya Allah, Wanie boleh jadik manusia terbengang sekali dlm train tue. Dia menangis sepanjang jalan. Start from stesen Ipoh maybe, until kitorg smpai KL Sentral. Tak tahu la sebab apa. Emak ckap dia mkan jagung tapi Mak tak ckap pulak effect makan jagung apa dia.

Wanie boleh tido kejap jer. Tue pon x brape nak lena sgt. Kesian jugak kat akak tue, penat dia dok pujuk anak dia. Nasib baik xde org mengamuk. Ada 1 lagi sbb kenape Wanie tak boleh tido, tapi malas la cita. Kang kata Wanie suka mengutuk org pulak kan. Biar Wanie sorg jer lah yang tahu. Kekeke. Dok dalam train rasa kejap ke. Tgok2 dah sampai KL Sentral.

Ktorg sampai nk dkat pkul 6 jugak la. Terus call Kakak soh dia dtg ambik. Kitorg pegi hotel naik 2 kete. Satu kete akak, satu lagi teksi. Wanie naik kete akak sbb nk pegi beli something untuk mengisi perut yg kosong nie. Akak singgah kat kedai tepi umah dia. Kitorg beli roti canai dgn air. Abah & Emak terus pegi hotel. Tunggu kitorg kt situ. Lepas habis bungkus, kitorg terus pegi ke hotel yg Abah booking. Dkat AmpangWalk. Sampai je hotel, Wanie terima 1 berita ug kurang menyenangkan...

To be continue....


Monday, December 10, 2012

Ujian Allah S.W.T

Author : Hazwani Hassan Time : 10:00:00 AM Comments : 0 Labels :
Firstly, Wanie nk minta maaf sebab Wanie tak sempat nak hapdate pasal trip to K.L tue lagi. Wanie tak sempat. Lepas Wanie balik dari K.L, kitorg terus pegi umah tok. Sebab ada kenduri, sepupu Wanie nk kawen. Dah selesai kenduri sepupu, Wanie kena pegi ambik keta Wanie yg Wanie tinggal dkat umah Encik Abah, dekat sempadan siam tue ha. Ala, lagipon takde sape nk membace belog nie. Hapdate lambat sikit pon takpe.

So, ari khamis ari tue kitorg pegi ambik kete Wanie dekat umah Encik Abah. Kitorg pegi berlima semuanya. Encik Abah, Puan Emak, Wanie, Si Tinggi & Si Kecik. Yang lain duduk kat umah dengan Cik Kakak. Kitorg pegi naik kete Encik Abah. Sampai je umah Abah, kitorg masuk rehat2 kejap. ingat lepas Zohor baru nk bertolak balik umah. Waktu terluang nie, Si Tinggi basuh kete. Pastu, dia lap kete Wanie guna 1 sabun yang Abah ada bagi pada dia. Wanie pon tak tahu lah sabun ape ntah. 

Si Kecik nie seronok main bubble baru beli
Nampak tak Si Tinggi belakang tue
Bubble lagi


Wah, gembiranyer kau!!

Lepas solat Zohor, lebih kurang dlm pkul 2 ptg cmtu, Abah suruh Si Tinggi blik dlu naik kete Abah. Kitorg plak dlm pkul 3.30 ptg cmtue baru bertolak. Wanie bawak kete, Emak dok tepi, Abah & Si Kecik dok seat belakang. Alhamdulillah, cuaca cerah & tak berapa panas. Tapi, sampai kat R&R Gurun, hujan turun. Tak lebat sangat, mayba dah ujan sebelum tue sebab nampak jalan basah.
Nak dijadikan cerite, Emak pernah ckap kalau guna sabun yang Abah bg tue, kalau ujan tak payah bukak wiper. Sebab air ujan akan naik ke atas dan kering sendiri. Wanie pon tanya la Emak, "Mcm nie ke jadi kalau ujan mak?" Smbil tgok kt cermin depan. Emak pon jawab, "A'ah, jadik mcm nie la". Elok jer Emak habis cakap, TUPPPP!!! Cermin depan pecah. Hanya Allah jer yg tahu betapa terkrjutnya Wanie waktu tue. Nasib baik Wanie masih boleh kawal stereng tue.

Waktu nie dah sampi kedai

Abah terus ckp bagi signal & berenti kt tepi. Time nie ujan lagi, tapi x lebat. Wanie pon x tau kenapa cermin nie boleh pecah, nak kata kena batu tapi x nampak pon batu. Abah cakap mungkin sebab temperature. Dah sembang & tenangkan diri dlm 5 minit camtu, ada 1 kete berenti blakang kete Wanie. Dia bwk kitorg pegi workshop dia kt SP. So, Wanie drive pelan2 guna laluan kecemasan sampai SP.
Waktu nie, Kakak dah sibuk call dah tanya apesal x sampai2 lagi. Banyak kali jugaklah dia call. Cadang nk pegi pasar malam dgn dia, tapi x jadik. Waktu kitorg samapi workshop dah pkul 5 lebih. Nasib baik pekerja2 workshop nie buat keja cepat. Sebelum Maghrib dah sempat siap. Tapi kitorg x balik terus, kitorg pegi medan selera makan dulu sebab Abah & Emak dari pagi x makan. Lepas makan, baru kitorg balik. Bila sampai jer umah, penat kena interview dengan 4 org wartawan x bertauliah. Aduhai badan.....



Si Kecik baru bangun Tidur, dia terkejut







Kesian Abah & Mak lapar

P/S - Waktu jadik nie, Si Kecik tgah tidur kt belakang. Dia terkejut & terjaga terus nak menangis. Alhamdulillah, semuanya selamat. Balik umah, Wanie pikir2 balik, mungkin Allah S.W.T nk tunjuk, yang Wanie nie makin lalai kot. In Sha Allah Wanie akan memperbaiki diri Wanie.




Tuesday, December 4, 2012

Belum Punya Masa

Author : Hazwani Hassan Time : 3:01:00 PM Comments : 0 Labels :


Wanie dah blik dri K.L. Tapi Wanie minta maaf sbb x smpat update belog lagi. Nanti ada masa Wanie akan update, okey!!!!