Tuesday, March 25, 2014

Al - Fatihah

Author : Hazwani Hassan Time : 9:28:00 PM Comments : 0 Labels :



Kata org "penantian itu satu penyiksaan."

Tpi, bg Wanie "mengetahui bahawa perkara yg kta nantikan tdk akan kembali lebih menyakitkan."

Takziah Wanie ucapkan kpd semua mangsa dan keluarga mangsa yg terlibat dlm tradegi MH370.

Tiada apa yg boleh kta lakukan jika ini sudah ditakdirkan olehNya. Kita harus menerima dgn hati yg tenang dan terbuka. Ingat rukun iman ke-6, percaya pada Qada' dan Qadar.

Wanie harap tiada lg pahlawan papan kekunci yg akan mengeluarkan teori masing-masing selepas ini. Yang berlalu biarkan berlalu.

Ya Allah, tempatkan saudaraku di kalangan org yg beriman. Al-Fatihah. Innalillahiwainnalillahirojiun.

Tidak dilupakan, saudara kita di egypt. Syurga sudah pasti milik mereka. Kita? Tepuk dada tanyalah selera.

P/S : Kesal dgn sikap rakyat negara China. Semua ini bkn salah Malaysia. Malaysia sudah berusaha sedaya upaya.





Sunday, March 23, 2014

Interview lagi

Author : Hazwani Hassan Time : 8:10:00 PM Comments : 0 Labels :

Rasa malu nak ckap "mak doakan kakcik tau." walaupun sebenarnya dah tahu yg mak sentiasa doakan Wanie.

Mungkin sebab keluarga Wanie tak selalu luahkan perasaan mcm nie, sebab tue Wanie selalu jadi malu bila nak ckap bnda2 romantik nie.

Dulu time dok asrama bila sampai Hari Ibu, tangan gigil2 nak telefon mak dan ucap Selamat Hari Ibu. Bila dah call, mesti la nak tanya mak msak apa ari nie, mkn apa, tgok cita apa kan. Yang mak pulak msti tanya mcm mana blajar, asrama okey tak, mkn mcm mana. Dah habis smbg, terus bg salam terus letak.

Bila dah letak bru teringat "eh, aku call nak ucap Slamat Hari Ibu sebenarnya." Masuk syiling, call sekali lg. Bila mak angkat terus ckap Selamat Hari Ibu dan mak terus ckap terima kasih. Happy, sebak pun ada bla dgar mak ckap trima kasih. Sebab ktorang tak pernah ucap mcm tue kat mak dan tak pernah tahu apa mak akan blas bla ktorang ucap.

Apa yg Wanie nak cita bukan pasal Hari Ibu atau bentuk ucapan. Wanie punya tajuk pun dah lain. Nanti kang org bca eh tajuk lain citanya lain. Tak, nie bru nak cita yg sbenar.

Tak dinafikan, dari hari first Wanie dpt surat interview tue, Wanie rasa susah hati sangat2. Interview hari Rabu, means Wanie kena pegi sorang sebab adk2 sekolah. Tak kan nak bwk diorg sekali.

Start ari tue, Wanie try la bca apa2 yg patut. Still masa nie rasa gelisah sgt. Lpas tue asyik nak nangis ja. Wanie pun tak paham. Mungkin sebab Wanie nk dtg bulan sama. Wanie kuatkan smangat dan bertolak ke rumah abah petang selasa.

Malam tue, confirm tak boleh tido. Pkul 5 dah bangun. Siap2 dan pegi. Pegi sendiri sbb abah keja. Alhamdulillah, sampai pada masa yg ditetapkan tapi Wanie dapat no 12. Waktu nie Wanie rasa okay ckit. Dah tak rasa gelisah atau nak nanges.

Biarlah apa yg berlaku dlm bilik tmudga menjadi rahsia antara Wanie dan panel tersebut. Walaupun sebenarnya tak ada apa yg berlaku pon masa interview. Semuanya okey. Yes, panel tue ada sorg yg garang ckit tapi alhamdulillah Wanie boleh jawab semua soalan. Lepas habis interview, entah kenapa rasa sebak sgt. Tapi Wanie tahan, call mak dan abah ckap dah selesai then terus balik.

Kenapa Wanie jadi mcm nie? Wanie pon tak tahu. Allah nak uji Wanie dgan mainkan sikit emosi Wanie. Wanie sabar. Allah dah baik sgt dgan Wanie. Allah lindung perjalanan pegi dan balik Wanie sebab Wanie tak pernah drive sorg pegi rumah abah. Allah dah permudahkan hati Wanie utk jawab soalan dgan tenang.

Tak kan Allah tarik sikit emosi Wanie, Wanie nk terasa. Rasa tak patut sgat. Alhamdulillah, urusan tmudga dah selesai. Dapat atau tak, Wanie tawakal saja. Wanie yakin doa mak dan abah selalu ada dgan Wanie. In sha Allah.

P/S : Rasa dah lama tak menangis masa berdoa tapi alhamdulillah seminggu dua nie Wanie selalu menangis dlam doa.




Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah

Author : Hazwani Hassan Time : 3:08:00 PM Comments : 0 Labels :

Salam Maal Hijrah. Semoga di tahun baru ini, kita penuhi buku kita dengan amalan - amalan yang soleh dan mulia.

Hari ini bebudak nie semua cuti. Jadi tak payah sibuk sangat nak pegi hantar diorg ke sekolah. Si Tinggi pun cuti jugak hari nie. Pagi tadi, Emak ajak pegi pasar borong beli ikan. Sebelum nie kitorg beli ikan dekat pasar biasa ja. Tapi sekarang kitorg suka beli kat pasar borong. Nama pon pasar borong kan, mestilah barang murah sikit kat situ. Beli lah 2 3 jenis ikan. Tak beli banyak pon, bebudak nie bukan makan ikan sangat. Asyik nak ayam jer. Tapi kalau dah tiap-tiap hari makan ayam, muak jugak. Itu yg Emak ajak pegi beli ikan sikit. Lagi pon, Abah nak balik hari khamis nie. Itu yg beli siap -siap tue.


Hari ni Wanie masak. Huhuhu. Emak cakap hari nie nak buat kari tapi Emak suruh Wanie yang buat. First time buat kari. Sebelum nie asyik masak sambal atau kicap jer. Tup-tup hari ini kena masak kari. Tapi nasib baik cikgu kos rumahtangga nie baik sangat. Selalu bertanya pun takpa. Tak marah pun. Asal boleh buat sudah.

Alhamdulillah, menjadi juga kari yang Wanie masak. Walaupun tak sesedap yang Emak buat. Emak cakap boleh praktis lagi. Lama-lama sedap lah. InsyaAllah. Semalam Wanie pergi klinik. Sebab Si Kecik demam. Emak pon nak pergi check-up jugak sebab Emak cakap yg beliau selalu pening. Takut ada darah tinggi.

Ingat nk pergi dekat klinik 1 Malaysia nie jer. Tapi pukul 10 baru bukak. Kitorg ingat hari Isnin diorg tak bukak, terus kitorg pergi klinik Kesihatan Tasik Gelugor. Nasib baik org tak ramai. Bila dah check, memang betul Emak ada darah tinggi. Tapi sikit jer la. Esok lusa kena pergi check lagi. Huhuhu. Sebelum nie takpe pun, ntah kenape 2 3 ari nie baru jadi darah tinggi. Doakan semuanya baik. Insya Allah






Sunday, November 3, 2013

Hi November!

Author : Hazwani Hassan Time : 8:57:00 PM Comments : 0 Labels :

Tak sangka yang Wanie tak membelog pun bulan Oktober hari tue. So, hari nie Wanie nak mintak maaf sebab tak membelog. Wanie pun tak tahunya sebabnya. Kalau kengkawan tahu, sila tulis jawapan di ruang yang disediakan. Okeh, melalut.

So, apa yang jadik bula Oktober hari itu? Macam - macam yang jadik. Tapi Wanie macam malas nak cerita. Kita tak payah cita la ek kisah bulan oktober dulu. Mari kita sembang kisah bulan nie jer.

Hari khamis lepas, sekolah SG dan Si Kecik buat Hari Kantin. Pagi tue, Wanie pegi antar SG dgn Si kecik ke sekolah dulu. Dalam pukul 8.30 baru Wanie, Emak, Si Kurus dgn kawan Si Kurus pegi. Tak de apa yg menarik pon. Cuma jual-jual macam tue jer la. Tapi, jual-jual pon tak banyak. Lagipon, sampai pukul 1.00 jer. Waktu Wanie sekolah dulu, sampai malam. Masa sekolah rendah, waktu malam siap ada wayang kulit lagi. Owh, indahnya zaman itu. Hehehe.

Hari jumaatnya pulak, kitorg kena pegi amek tong sampah. Wanie pun tak tahu semua tempat atau tempat Wanie jer yang dapat tong sampah nie. Sebelum nie, kitorg akan buang sampah dekat tong sampah besar tapi sekarang nie tak. Diorg bagi tong sampah untuk setiap rumah dan diorg akan pegi kutip. Masa Wanie tinggal kat Bukit Kayu Hitam dulu, diorg dah buat. Cuma kat sini diorang baru buat.

Sekarang nie dah gila main Candy Crush Saga balik dah. Dulu Wanie dah berenti, tapi Kakak start main pulak. So Wanie pon main la balik. Kang ada yang nangis pulak tak leh minta tiket and nyawa. Kekeke. Wanie tak sabar nie. Kakak Wanie dah nak bersalin. Bulan Disember nie. Owh, excitednyer nak jadik Mak sedare. Doakan semuanya okay yer kengkawan.

P/S : Meet my other half