Wednesday, February 27, 2013

Menulis fanfic lagi

Author : Hazwani Hassan Time : 10:00:00 AM Comments : 0 Labels :
Wanie dok pikir benda nie lama dah. Lebih kurang sebulan dah la. Rasa rindu nak menulis fanfic lagi. Tapi, tiap kali nak menulis ada ja aral yang melintang. Cuba lah datang menegak pulok. Idea banyak dalam kepala. Dalam phone pon dah ada tulis sikit-sikit tapi tak edit lagi. Ingat nk menulis malam-malam, tapi bila start taip jer, idea larik. Ide semua tak nak kerjasama dgn Wanie. Huhuhu. Macam mana lah nak mengatasi masalah malas Wanie nie? Aigoo...

2 3 ari nie, dok gila pasal lagu baru Teen Top. Akhirnya bebudak nie release full album. Ada 12 lagu semuanya tapi tak semua Wanie suka. Wanie Cuma suka Miss Right & Never Go Back sahaja. Tapi kebanyakkan lagu dalam album nie fun okay. Tak tahu sila dengar ok. Video klip Miss Right pon dah kluar. Comeyy okeyy adik-adik Wanie nie. Kekeke.
Pada Wanie, album nie okay. Lagu best, video klip mantop. Cuma 1 jer. Napa Ricky still xda lines nk nyanyi? Wanie dgr suara dia 2 3 saat jer. Yang bnyak nyanyi si chanjo tue. Dah la solo dance pon ko sapu. Eh, ko desperate sangat ek? Apesal ko nk rembat semua? Tak sian ke kt Ricky. 2 tahun debut, boleh nyanyi x sampai 50 lines. Tak tahu la sapa yang bahagikan lines nie untuk diorg. Unfair sangat. 

Aigoo.. my bias... 
Dorky babies


colorful boys
Well, at least Ricky comeii dlm mv nie. Happy bufday licky licky...














Hey, rindu la kat u. bile u nak buat comeback... 


Thursday, February 21, 2013

BR1M

Author : Hazwani Hassan Time : 3:31:00 PM Comments : 0 Labels :

Hari nie, berjaya jugak Wanie pegi ambik duit BR1M. Wanie bertolak dari rumah dalam pukul 8 pg cmtu. Sebab nak agak bagi sampai tepat pukul 9 pg. Jalan of course la tak jem. Bukan dekat KL nak main jem-jem nie. Wanie ingat Wanie antara org terawal yg sampai, rupanya dah ramai org yg sampai. Hurm, Wanie kena pegi ambik duit nie dekat Kolej Mara Kulim. Eh, dah gitau ek? Rasa cam tak bagi tahu lagi. Kekeke. Bila sampai jer, ada pakcik RELA tolong jaga parking. Niat di hati nak parking kat luar jer, tapi pakcik tue suruh masuk dalam.

Wanie tak nak parking dalam sebab takut payah nak keluar. Tapi sebenarnya tak pon. Kitorg boleh parking kat padang. Padang okay? Sangatlah luas. Pilih jer nak parking kat mana. Semua available. Kekeke. Lepas dah parking, Wanie phone Emak cakap dah sampai. Kang Emak risau pulok, takut anak dara beliau nie tak sampai. Dah la sebelum datang tadi berulang kali tanya jalan ingat ke tak. Alhamdulillah Emak, Kakcik tak lupa jalan lagi. Kuikuikui.

Lepas dah habis cakap phone, Wanie pergi dekat 1 khemah nie. Dekat khemah nie, diorang akan bagi no kaunter untuk Wanie beratur. Disebabkan no Wanie 6238, maka Wanie kena beratur dekat kaunter 2. Wanie jalanlah sorang-sorang Wanie cari kaunter 2. Jumpa jer kaunter 2 terus beratur cepat-cepat. Dah nasib badan dapat kaunter 2, sebab kaunter 2 ialah kaunter yang paling panjang sekali. Kaunter 1, 3 & 4 semua pendek-pendek jer. Jeles betul. Tapi takpe. Sabar kan separuh drpd iman.

Bila dah beratur kat kaunter, kena tunjuk slip & IC kita yg betul tau. Jangan pegi ambik IC org pulok. Tpi, giler ke nak ambik IC org kan. Kekeke. Lepas tunjuk IC dan slip, akak puteri UMNO tue bagi no untuk kaunter voucher pulok. Wanie dpt no 1068. Best kat sini sebab tak payah beratur panjang. Pegi masuk dewan terus jer ambik baucer. Tapi yang tak bestnyer lepas nie. Sebab kena beratur untuk tulis nama pulak. Diorg tak bagi tulis nama sndiri sebab takut silap. Dah selesai tulis nama, terus pegi ambik duit dekat khemah luar. Kalau tak nak ambik lagi pon takpe, boleh ambik dkt Maybank, BSN atau CIMB.

Tpi disebabkan mata duit-duit Wanie semakin menggalak, Wanie buat keputusan utk ambik duit terus. Kat sini pon tak payah nak beratur panjang sgt. Sebab ada bnyak kaunter. Tunjuk baucer dgn IC, lepas tue kena cap jari. Lepas cap jari terus masuk ambik duit. Ha, cepat kan. Tak lama pon nak ambik duit nie  ha. Bila dah abis, Wanie tggu apa lagi, balik terus jer la. Waktu Wanie habis nie, awal lagi sebenarnya. Belum pon sampai pukul 10.

Lupa nak gtau, masa tgah beratur dekat kaunter 2 tadi, diorg bgtau yg jalan utama dkt pekan kulim ditutup pada jam 10. Sebab basikal Le Tour De Langkawi akan tamat dekat situ. Wanie dah gelabah dah time nie. Sebab Wanie tahu jalan tue jer nak balik. Memang tak tahu jalan lain. So, bila habis sebelum pukul 10, Wanie harap sgt jalan tak tutup lagi. Tapi bila Wanie sampai jer kat situ, abang Polis Trafik dah jaga. Waa… Time nie nervous tak payah cakap la, mcm nak nangis call Emak pon ada. Tapi Wanie tawakal, Wanie drive ikut signboard. Kat sini jalan jem sikit, sebab bnyk jalan tutup. Wanie doa bnyak-bnyak supaya Wanie tak sesat dan Alhamdulillah, Wanie tak sesat.

Bila nak tahu jalan, hati pun gumbira balik. Siap nyanyi lagu korea lagi dalam keta. Kekeke. Balik jer terus cita kat Emak yg Wanie balik ikut jalan lain. Emak cakap nasib baik sampai, kalau tak, tak tahu nak pegi cari dekat mana. Kekeke. Ha, kengkawan tengok tak tadi dekat TV1? Kalau tengok, yang tue la Kulim. Tempat Wanie pegi ambik duit tadi. Hehehe. Alhamdulillah Wanie selamat pergi dan selamat sampai. Hurm, dahlah. Malas nak taip panjang-panjang. Wanie nak sambung buat bunga telur. Sebenarnya Wanie nak tunjuk gambar kat sini, tapi Emak tak bagi. So, Wanie tunjuk sikit jer okay. Lagipon, tak cantik sangat Wanie buat. Kuikuikui.


P/S : Terima Kasih PM atas pemberian anda. Wanie sayang PM, tapi Wanie sayang lagi Tun Mahathir.....



Tuesday, February 19, 2013

Stress

Author : Hazwani Hassan Time : 2:24:00 PM Comments : 0 Labels :

Semalam adalah hari yang stress bagi Wanie. Tak tahu la sebab apa. Semalam kan Wanie pergi jaga bebudak tadika tue lagi. Aigoo, bebudak nie makan apa ntah semalam. Diorg jadik hyperactive sangat. Semua yang wanie larang diorg buat, yang wanie suruh buat diorg tak mahu. Pening kepala dgn bebudak nie. Bak kata abang Gary Running Man – STRESSss. Kekeke.



Wanie pegi tadika tue pukul 9 pg. Kiranya lagi sejam diorg rehat. Time cikgu diorg yg sebenar ada, aduhai, diam ya amat. Bila cikgu tue keluar, semua sibuk nak bercerita. Kejap sana panggil, kejap sini panggil. Kalau tanya pasal kerja tak apa, masalahnya sekarang nie, diorg dok bercerita pasal rumah tangga diorg. Semalam pegi mana, makan apa, tgok cita apa. Bayangkan 21 org, semua nk bercerita, rasa macam nak pecah tadika.
2 3 kali jugak la Wanie tinggikan suara Wanie. Kalau tak buat macam tue, confirm tak diam punya. Dah habis masa pertama, diorang rehat. Time rehat dgn time main tak apa. Diorang tak bising sangat. Cuma mengadu sikit-sikit cakap kawan tak nak kongsi barang. Itu memang biasa lah. Kalau habis makan awal, dapat mainan banyak. Kalau lambat, dapat mainan sikit. Wanie dah tak larat tegur dah yang tue. Bila masuk pegi dkt diorg, diorg kongsi. Bila wanie blah jer, diorg rebut balik. Last-last wanie buat tak tahu jer.

Dah habis makan, berebut kerusi pulak. Si Izzat dgn Si Najwan nie duduk sebelah-menyebelah. Kerusi pulak sama, warna biru. Wanie tgah tulis nama kat buku diorg waktu tu. Tetibe dgar Si Izzat nie menjerit. Dia cakap Najwan ambik kerusi dia. Wanie dah hangen 1 badan dah nie. Kerusi sama jer pun, entah macam mana dia boleh ckap Najwan ambik kerusi dia. Penat jugak la dok pujuk diorg nie. Last-last diorg sedar sendiri yg kerusi tue sama jer. Adoyaii. Mampos mcm nie. Ha.. budak yg nangis tue dia tak datang. Jadik kerja Wanie amat senang. Tak payah susah-susah pujuk dia. 


Sekarang nie tgh stress sbb tak tahu kat mana letaknya Kolej Mara Kulim. Wanie dpt surat BR1M hari nie. Alhamdulillah, dpt jugak duit. Masalah nyer skang Wanie tak tahu tmpt nk ambik duit tue. Memang tak jauh dari rumah Wanie, tapi tak tahu. Huhuhu. Kejap lagi Emak nk bawak tunjuk jalan, sbb nnti Wanie kene pegi sorg. 

P/S : Doakan Wanie dpt cari jalan pergi Kolej tue. Wanie nk duit wehh. Kahkahkah.. Dasar mata duit-duit...

Monday, February 18, 2013

Bizi Bizi Bizi

Author : Hazwani Hassan Time : 10:00:00 AM Comments : 0 Labels :

2 3 hari nie Wanie bizi jer. Kalau tak bizi pon, Wanie tetap akan membizikan diri Wanie. Ker?? Nampak sangat menipunyer. Actually minggu lepas akak Wanie balik. So, dia bwak balik segala harta benda dia yakni reben, lidi, bunga dan segala barang utk buat bunga telur. Eh, tak tau ek. Akak Wanie nk kawen dah. Bulan 3 nie akad nikah, tapi knduri bulan 5. Apesal knduri lambat sangat? Sebab kami mengalami sedikit kesulitan. Okay, tak nak cite yang tue. Wanie nk cita pasal Wanie.

Hari Ahad minggu lepas, kitorg pegi rumah Abah lagi. Best pegi rumah Abah tau. Kitorang pegi dalam tengahari camtu lah. Sebab eh, kitorang pegi makan knduri dulu. Kitorang pegi rumah Abah nie bukan sebab nak masuk Siam sambut Raya Cina okay. Tue dah terpesong sangat niat tue. Kitorg pegi nak uruskan hal si Akak nie. Dia nak pegi tgok pelamin kat kedai kawan Abah. Kedai MakNgah tue dekat Alor Setar. Kitorg pegi ari Ahad tapi hari Isnin baru kitorg pegi kedai Mak Ngah. Sebelum tue kitorg pegi makan kenduri rumah kawan Abah jugak. Dalam bendang wooo. Tapi takde padi. Sebab musim kemarau, tanah pun dah retak-retak. Takut jugak tengok tanah camtu, tapi best sebab berangin. Tak payah guna kipas pong.

Bila dah balik rumah nie, berbagai aktiviti la Wanie buat. Kejap buat reben, kejap potong reben, kejap buat bunga, kejap iron baju, kejap masak nasi, kejap jaga anak. Okay, yang last-last tue semua melalut. Wanie tolong Akak buat bunga telur jer. Masak? Masak tak payah, ada chef kat rumah Wanie. Kekeke. Itu jer la keje Wanie minggu lepas. Akak dah balik pon semalam. Dia angkut sekali Si Tinggi balik rumah dia. Aigoo.. Dia ajak Si Tinggi teman dia balik KL sebab dia takut nk balik sorang2. Epul dah balik dari hari ape ntah, lupa dah.

Kelmarin jugak, Wanie pegi Sekolah Si Gemuk. Dengar ceramah motivasi untuk waris tahun 6. Ceramah disampaikan Ustaz Haji Hassan B. Ahmad. Ustaz nie fun okay. Beliau kalau cakap mesti buat pantun. Beliau ada cite pasal anak beliau kat kitorang.

"Anak saya hari nie tak sekolah. Tapi dia ikut mak dia pegi mengaji. Kalau duduk rumah, confirm dia tgok cartoon. Tiap kali cuti dia tengok cartoon. Sabtu cartoon, Ahad cartoon. Isnin pegi sekolah jadi anak cartoon. Dahla si maknye nama zaiton. Orang tanya anak sape, anak ton. Rupanya anak zaiton, ingat anak cartoon."

Lorh, serius lawak gile time nie. Terus tak mengantuk. Kekeke. Ceramah habis dalam pukul 11 macam tue la. Nak tau hari nie Wanie buat apa? Hari nie Wanie jadi cikgu tadika lagi. Yahoo.... Bye bye....


Saturday, February 9, 2013

Poison

Author : Hazwani Hassan Time : 9:00:00 AM Comments : 0 Labels :

If you look at it somehow, 
it’s so obvious
That my heart hurts this much
My love was obese and 
only wanted to receive
I’m sorry, I’m sorry, I’m sorry
Really loving you cannot happen
Only our different words are going and coming
Without compromise, 
problems that can be easily solved
Are being built up and 
we fight and get tired and hurt
And it closes, the heart is closing
For me, who didn’t go earlier to you
For you, who didn’t wait and just left
Don’t think that we can break up coolly
Because breakups are damn painful
Because it hurts, because 
I keep thinking about you more
Because I love you though it hurts to death
Like poison, it gradually takes away everything
And my heart is dying-do you know?
What to do, what to do, what to do?
I don’t think I can live anymore
Like wind, it comes and goes and 
goes and disappears. My love, my love
If you look at it somehow, it’s so obvious
That my heart hurts this much
We were under a spell and 
we drank too much poison
What to do, what to do, what to do?
How can I show you that my heart is hurting?
You’re like an endless and deep water
It seems like I fell into you and already died
I am snatched and swept away like a tsunami
Did each of our footsteps get erased by the waves?
My heart only records you alone
Breaking up with you means that 
I can’t ever forget, that’s my theory
Don’t think that we can break up coolly
Because breakups are damn painful
What to do, what to do, what to do?
I don’t think I can live anymore
Like wind, it comes and 
goes and goes and disappears
My love, my love


Friday, February 8, 2013

School 2013

Author : Hazwani Hassan Time : 9:00:00 AM Comments : 0 Labels :


2 3 hari nie, Wanie jadik tak ketahuan. Nak tahu tak kenapa? Sebab Wanie dok gila tengok cita School 2013 tue. Adoyaii. Best sangat drama dia. Cita pasal apa? Dah tajuk pon School 2013, cita pasal skolah la kan. Tak kan pasal pejabat pulok. Actually, Wanie memang suka tgok cita pasal sekolah nie. Tak kira la cita jepun atau korea. Antara cita sekolah yg Wanie pernah layan ialah Gokusen 1,2,3 & movie, Hana Kimi, God of Study, Dream High 1 & 2, Nobuta Wa Produce dan banyak lagi. Rasa terkenang zaman Wanie sekolah menengah dulu. Huhuhu. Semua tinggal kenangan sekarang nie. Dah tak boleh patah balik dah. Sobs sobs..

Okey, tak nak sedih2. Meh nak cite sikit pasal School 2013 nie. Cita dia pasal persahabatan Go Nam Soon & Park Heung Soo. Nam Soon dgn Heung Soo nie sebenarnya kawan baik, tapi disebabkan something berlaku, diorang dah tak jadi rapat dah. Nam Soon nie sekolah dkat Victory High School. Dia baik dan selalu kena buli dgn Oh Jung Ho & rakan-rakannya. Dia tak ambik kisah pasal orang sangat. Kalau orang mintak duit dia bagi, orang belasah dia pun dia diam jer. Dalam diam2 si Nam Soon nie, sebenarnya dia ada rahsia besar yg budak kelas dia tak tahu. Nam Soon masuk kelas 2-2 dan dia jadi ketua kelas. Nam Soon ada seorang kawan perempuan yg sangat suka kacau tepi kain orang iaitu Kang Joo. Kang Joo nie pulok kawan baik dgn penolong ketua kelas iaitu HanKyung

POSTER
GO NAM SOON. Pujaan hati Wanie. Huhuhu.
OH JUNGHO.. Budak jahat yang selalu buli Nam Soon
KANG JOO. Dia nie agak tomboy sikit.
HANKYUNG. Penolong Ketua Kelas yg tahu study jer..
Cita ni kalau tengok dari ep 1 memang agak boring. Jalan cerita dia sangat lambat. Kelas 2-2 ada seorang cikgu perempuan yg sangat mengambil berat pasal anak murid dia, Cikgu Jung. Tapi, disebabkan kelas 2-2 teramatlah nakal dan bising, makanya kelas 2-2 ada 2 orang guru kelas. Seorang lagi cikgu kelas diorang ialah Cikgu Kang. Cerita bermula dalam ep 3 macam tue lah, bila ada budak baru masuk kelas diorg. Dan budak tue ialah Park Heung Soo. Kawan baik Nam Soon dulu. So, bila HeungSoo masuk kelas tue, NamSoon mula buat baik dgan Heungsoo. Dia tolong ambik makanan utk HeungSoo, tolong beli roti, tolong bawak beg dan tolong mcm2 la. Bila dah jadik macam nie, ramai yg cakap Heungsoo nie buli si Namsoon. 

CIKGU JUNG yang sgt penyayang dan baik.
CIKGU KANG yg suka cari pasal dgn Nam Soon. Hehehe
PARK HEUNGSOO. Kawan baik Nam Soon.
Bebudak kelas 2-2 sebenarnya tak tahu apa yg jadi dekat NamSoon & HeungSoo sampai NamSoon buat benda2 tue semua. Diorang cakap HeungSoo buli NamSoon. So, banyak benda la yg berlaku waktu nie. Wanie dah malas nak cita, kalau kengkawan nak tahu, kengkawan boleh tgok cita nie online. Bagi yg suka tgok drama romantik tue, tak digalakkan sgt tgok cita nie sbb takde romance2 pon. Tapi ada 2 benda yg Wanie belajar drpd cita nie.

1. Nilai persahabatan yg tak dpt digantikan dgn apa pon - Mcm NamSoon & HeungSoo. Walaupon diorang lalui masa paling sukar dalam hidup diorg, diorg tetap berkawan balik pada akhirnya. Wanie terpikir jugak, ada lagi ker persahabatn macam nie? Serius Wanie cakap, waktu Wanie tgok drama nie, Wanie rasa jeles sangat tgok persahatan NamSoon & HeungSoo. Walaupon HeungSoo bencikan NamSoon, dalam masa yg sama dia tetap rindukan NamSoon. Huhuhu..

2. Hubungan antara guru dan pelajar - Okey, tak dapat dinafikan Cikgu Jung adalah cikgu yang terbaik dalam banyak2 cikgu yg Wanie tengok. Tapi bagi Wanie, Yankumi tetap cikgu yg paling baik. C.Jung sanggup buat apa saja utk selamatkan bebudak kelas dia. Tak kira budak tue jahat atau baik, dia tetap akan bantu. Wanie tak tahu kengkawan ada ke idok cikgu macam nie, tapi sepanjang Wanie sekolah dulu, maaf cakap, Wanie tak jumpa cikgu macam nie. Kalau ada pon, setakat bantu jawab soklan mcm tue jer. Wanie teringin nak ada cikgu macam nie, tapi Wanie dah abes sekolah. huhuhu.


NamSoon & Cikgu Jung

Jejaka machoooo
Dah graduate
Aigoo. 2 org nie. Geram Wanie. Waktu nie diorg dah berbaik. Best
C.Kang & C.Jung. C.Jung kecik kan. Dalam ep 1 JungHo tolak dia. Nasib baik abg NamSoon dtg tlg.
Dorang nie lagi. Hehehe
4 org watak utama
Kalau lah kelas Wanie ada bebudak mcm nie dulu. Aigoo..
NamSoon lagi
Nampak tak pompuan rambut pendek tue, dia pengetua. Amat menjengkelkan okay
Samseng jalanan. OH JUNGHO, LEE YIKYUNG & LEE JIHOON.
Kawan baru...
KANGJOO prnah cakap. "Mungkin bagi org tua, masalah budak-budak tak besar"
Ahh, Wanie suka diorg nie. Tapi xde cinta2 dalam cite nie.
Cita nie dekat tv KBS masih ada lagi. Tapi dekat internet dah habis dah. Wanie tgok dah habis dah, tapi wanie dok ulang lagi. Best sangat. Sapa yg friend Wanie kt twitter or FB mesti tahu betapa gilanya Wanie. Tiap ari dok spazz cita nie. Dah takder koje lain dah Wanie nie. Kekeke. Nah 1 lagi gambar bagi kat kengkawan. 


Anyeong!! Tak tahu lepas nie nak tgok cite ape dah. Sobs sobs..