Wednesday, January 30, 2013

Mengajar lagi

Author : Hazwani Hassan Time : 3:32:00 PM Comments : 0 Labels :
Ingat tak ari tue Wanie ada cakap yang Wanie harap dapat mengajar lagi bebudak tadika tue? Yes, impian Wanie tercapai. Wanie pergi mengajar lagi hari isnin hari tue. Tapi Wanie ngajar dari awal pagi. Bebudak nie masuk kelas pukul 8 pg, dalam pkul 9 pg baru Wanie pegi. Memula cikgu sebenar diorang nak Wanie ajar dari pagi terus, tapi disebabkan ada seorang budak nie yang selalu nangis, jadi dia terpaksa datang dulu. Dia kena bagi tahu Elia nie yang Wanie akan ganti dia baru dia pergi. Kalau tak dah nangis dah budak nie. 
Apa Wanie ajar hari tue? Actually benda basic jer. Kelas pon baru mula kan, bebudak yang baru masuk, Wanie ajar ABC, yang dah lama masuk, Wanie suruh diorang tulis ABC jugak, tapi Wanie tinggal jer. Sebab memasing dah tahu macam mana nak buat kan. Bila dah siap diorang akan datang tunjuk dekat Wanie dulu baru antar. Bagi bebudak baru, diorang tak tahu nak tulis lagi, so Wanie kena ajar sorang-sorang macam mana nak tulis a, tulis b dan seterusnya. kadang-kadang diorang buat betul, kekadang diorang hantam saja. Choii sungguh. Dan seperti biasa Wanie tetap akan cari pembaris kuning kesayangan Wanie. Kekeke.

Lepas habis tulis ABC, rehat. Wanie bagi bebudak nie pegi makan sementara Wanie tulis nama diorang kat buku baru. Ada seorg budak nie dia tak mau makan. Bila Wanie tanya dia cakap dia bawak kuih jer. Jadi dia tak mau makan la. Then, Wanie tanya dia nak main ke? Sepantas kilat dia masuk bilik mainan. Wanie tak sempat nak cakap yg dia boleh pegi main, dia dah mula sepahkan mainan. Sebenarnya, dia nak main jer. Sebab tue dia tak nak makan. Aihh, macam-macam.

Dah habis makan & main, sambung belajar balik. Kali ini, untuk bebudak 6 tahun Wanie bagi buku matematik dan bagi bebudak 4 & 5 tahun, Wanie bagi buat asas tulisan. Bebudak 4 5 tahun Wanie tinggal jer, diorang buat sendiri. Wanie pegi ajar matematik dekat budak tahun 6.

"Okay, tengok soalan pertama, apa dia tanya?"
"4+3 cikgu."
"Baik, macam mana nak buat"
*diam*
"Okey, 4 letak dalam kepala, angkat jari 3."
"4 dalam kepala, angkat jari 3"
"lepas 4 berapa"
"5!!!!"
"baik, turun satu jari sambil kira 5 6 7"
*turun jari sambil bilang 5 6 7*
"jawapannyer"
"7!!!!"
"bagus, paham tak?"
"paham cikgu"
"sekarang buat soalan no 2"
*diam*

Bila dah diam, maknanya tak paham la tue. Beronok-ronok cakap paham sebenarnya tak pon. Lepas dah habis ajar matematik, kitorang mewarna pulak. Mewarna lagi lah senang. Kerja Wanie adalah mengasah warna diorang. Adoyaii, penat nak asah sorang-sorang. Banyak pulak tue. Huhuhu. Lepas dah habis warna, diorang akan balik. So, Wanie bagitahu diorang sapa warna tak cantek tak boleh balik. Huhuhu. Kejam giler cikgu nie. Kekeke. Takdelah, Wanie lawak jer. Wanie nak bagi diorang warna elok-elok. Kalo tak main hentam keromo jer.

Diorang balik pkul 12 tgah hari. Ermm, dah rindu balik dekat diorang. Huhuhu.




Friday, January 25, 2013

Kerja

Author : Hazwani Hassan Time : 5:30:00 PM Comments : 0 Labels :


Rasanya dah pernah buat entry nie dulu, tapi nak buat sekali lagi. Sebab eh, payah sangat nak cari keje skang nie. Nak kata memilih, tak jugak. Wanie tak pernah pilih kerja Wanie. Maybe sebab kawasan rumah Wanie nie kampung, so tak banyak peluang pekerjaan yang ada. Nak cerita pasal keje, Wanie pernah kerja macam-macam bidang. Buat masa nie, Wanie dah pernah keje dalam 4 bidang yang berlainan. Ye ke? Wanie pon tak tahu.

First time Wanie menjejakkan diri ke alam pekerjaan ialah masa Wanie habis belajar dekat ILP. Bila habis jer LI, Wanie terus keje dekat kedai komputer dekat kawasan rumah Wanie kat Jitra tuh. Sebab dulu kitorg tinggal kat Jitra. Nam Tokey kedai tue Kak Nurul. Best keje situ, maybe sebab kena dengan kos Wanie. Tak banyak keje sangat sebab Kak Nurul nie, main shop dia ialah CC. So, repair-repair komputer adalah tak banyak. Keje Wanie senang, jaga kedai, tengok customer, jaga orang print, menaip, photostat dan sebagainya. Amat fun keje kat situ. Tambah pulak boleh main dengan anak-anak dia. Anak dia ada 2 orang, Aleeya & Najma. Sekarang dah masuk 3 tapi Wanie tak sempat tengok sebab dah pindah sini.

Wanie berenti keje dekat kedai Kak Nurul sebab Wanie nak cari keje dalam bidang lain pulak. Cari punya cari, Wanie dapat keje kat Chin Hin Jitra. Tahu tak kedai apa? Ha! Tak tahu. Kedai jual motor la. Dekat sini Wanie jadi Installment Officer. Wanie jadi kerani yang jaga duit ansuran motor tue lah. So, tiap hari keje Wanie tunggu orang mai bayar duit motor. Kalau takde orang mai bayar, Wanie kena telefon diorg gtau jumlah-jumlah diorg kena bayar. Selalu yang tak bayar sampai 5-6 bulan tue yang kena telefon. Kalau yang tiap-tiap bulan mai bayar tue, nak mampos kau. Dah diorg bayar nak telefon lagi. Silap hari bulan kena serang den. Keje sini pon ok. Akak yang ketua Wanie tue baik, Masa mula-mula Wanie keje, Wanie selalu buat salah, tapi dia tak marah. Dia tegur elok jer. Boss besar jer yang garang. Takut wooo.

Bila dah bosan keje Chin Hin, Wanie mintak keje lain pula iaitu cashier. Ramai org cakap keje cashier nie biasa jer. Ada setengah org yang malu nak keje cashier. But, bagi Wanie keje cashier nie sangat mencabar. Ye la, mana tahu ada yang terkira silap, terambil duit customer lebih, terbagi balance lebih dan semua yang ada "ter" amatlah takut. Kang bila nak balik, kira-kira tak balance pulak. Dah potong duit gaji sendiri. So, keje nie memerlukan penelitian yang teramat sangat okay. Oh, lupa nak bagi tahu yang Wanie keje cashier nie dekat Yawata. Best jugak lah keje sini. Tapi Wanie keje sat jer sebab Wanie pindah balik Padang Serai. Rumah Wanie dok skang nie.

Masa kt Padang Serai nie, Wanie pernah keje dekat kedai lesen memandu. Wanie jadi kerani jer la. Bukan Wanie ajar orang bawak kete. Wanie bawak kete pon terhegeh-hegeh, nak ajar orang pulak. jangan harap. Keje wanie adalah duduk termenung dalam kedai. Choiii, takde lah. Wanie tunggu orang mai bayar duit nak belajar kete atau duit insuran. Itu jer keje Wanie hari-hari. Jadi Wanie terasa amtlah bosan bila keje situ. Sebenarnnya keje dia best sebab tak payah buat keje pon. Tapi, boring lah kalau pegi keje tak buat keje kan. Wanie pon berenti.

Sekarang nie Wanie tengah mencari keje dan amat memerlukan keje. Rasa macam dah lama dok rumah saja. Teringin nak pegi keje pulak. Tapi kat kawasan nie tak berapa nak ada keje. Nak pegi jauh-jauh kang tak tahu Emak bagi ke tak. So, Wanie cari kot dekat-dekat nie dulu. Harap-harap sangat boleh dapat keje bulan 2 nie. In Sha Allah. Doakan Wanie tau. Anyeong!!!



Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 / 2013

Author : Hazwani Hassan Time : 3:40:00 PM Comments : 0 Labels :


Maulidur Rasul  adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W  kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah S.W.T terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah S.W.T. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

CR : Wikipedia

Wednesday, January 23, 2013

Queen's VS Inspirits

Author : Hazwani Hassan Time : 1:22:00 PM Comments : 0 Labels :

Okay, bagi sesiapa yang tak minat Kpop mungkin tak akan paham apa yang Wanie akan tulis dalam entry nie. Ini cuma ketidakpuasanhati Wanie kepada kedua-dua fandom nie. Actually, Wanie minat dua-dua kumpulan. T-ara Wanie minat, Infinite pon Wanie minat. Tapi, Wanie kenal T-ara dulu sebelum Wanie kenal Infinite. So, jika ada apa-apa yang berlaku, sudah tentu Wanie akan menyokong T-ara.

Caymon lah. Benda nie dah lepas lama pon. Lagipon, mana korang tahu yang T-ara buli Hwayoung, mana korang tahu yang idol lain tak suka T-ara? Wanie akui yang Wanie pon tak tahu betul atau tak yang T-ara tue buli Hwayoung, tapi benda dah lepas. Semua orang dah mintak maaf. Semua orang buat kesilapan dan harus diberi peluang kedua. Tak semua yang kita nampak tue real. Open your mind please. Perlu ke nak bash sampai berbulan-bulan? Ke nak tunggu salah sorang ahli kump T-ara mati baru korang nak diam? Adoyaiii

Nie pasal kes semalam, penuh dalam tlist Wanie geng Inspirits dok bash geng Queen's. Please lah, kalau korang bising pon belum tentu dapat ubah oppar korang tue masuk kumpulan lain. Terima jer lah yang Infinite satu kumpulan dengan T-ara. And, yang kata dia minat T-ara cuma bila ada Hwayoung tue nampak sangat menipunya. Hwayoung tak pernah ada fan yang banyak pon. Semua yang mengaku Hwayoung fan tue sebenarnya T-ara anti. Mengaku jer la.

Wanie pon tak suka lah kalau Infinite satu kumpulan dengan T-ara. Ape korang ingat oppar korang tue best sangat ke? Boleh blah la!

P/S : Wanie pon minat Infinite, tapi kalau dah perangai fandom diaorang mcm nie, sapa tak bengang. Kecoh ah!


Tuesday, January 22, 2013

Lamanya

Author : Hazwani Hassan Time : 4:11:00 PM Comments : 2 Labels :

Maaf sebab dah lama Wanie tak hapdate. Banyak kekangan yang membuatkan Wanie tak sempat nak hapdate. First, Si Tingi bawak lariks monitor masuk bilik dia, lepas dia pulangkan balik Wanie demam dan takde semangat nak menaip. Bila dah sembuh demam, Abah pulak balik. Bila Abah balik, maknanya tak boleh main komputer la. Tue la sebabnya dah lama Wanie tak hapdate. Ala, lagipon bukannya ada orang nak baca. Hapdate sebulan sekali pong takpe.

Selama Wanie tak hapdate nie, takde cita yang best. Wanie just menjalani kehidupan seperti biasa. Takde ape-ape yang menarik pun dalam hidup Wanie. Kekeke. Hari nie, Wanie pegi ganti jadi cikgu tadika lagi. Dah lama rasa tinggal tadika tue. Hari ini kena ganti sebab Cikgu Zauyah nak pegi ambik duit 100. Wanie pegi lepas diorg rehat. Budak-budak lama kebanyakkan dah kenal Wanie. Cuma bebudak baru jer yang kekok sikit. Tak berapa nak kenal.

Tapi, takde masalah pun. Kitorg buat warna-warna hari ini. Lepas warna tinggal lebih kurang lagi 30 minit nak balik, Wanie bagi diorg nyanyi sorang-sorang. Okay, sangat fun. Semua nak kluar nyanyi. Walaupun nyanyi tak bettul, Wanie tetap suruh diorg tepuk tangan. Baru diorang ada semangat nak keluar ke depan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Bebudak nie tak banyak kerenah, cuma kalau bercakap tak ingat dunia. Wanie kalau pegi ngajar Wanie pegang pembaris panjang yang warna kuning tue. Takut jugak bebudak nie, tapi 5 minit jer, lepas tue bising balik. Adoyaii..

P/S: Wanie suka dgn bebudak nie, harap boleh ajar diorg lagi. In sha Allah.


 

Thursday, January 10, 2013

Farther Away

Author : Hazwani Hassan Time : 12:30:00 PM Comments : 0 Labels :

You’re getting farther, getting even farther
The painful memories, the sadness, they’re all leaving
I’m blocking you, I’m demanding to you
But now my heart pushes you out and tries to forget you baby

Hey, stop talking about her, I’m not curious at all
I came here to drink with you for the first time in a while
But why are you talking about her so much?
It’s been ages since I have even remembered her number
It’s not a lie, I don’t even think about her anymore
Do I have to pretend to be sad and cry?
You don’t have to tell me that you ran into her on the street
You don’t have to comfort me by saying there are more fish in the sea

You, who had been in my heart, is getting farther away
Even my feelings that loved you

On my way home in the bus, I lean on the window and almost break the record for Anipang
Then I get a call, “Ugh, hello?” I was annoyed as I answered
I hear a familiar voice (Oppa, it’s me) for the first time in a while
What do I say? I just want to hang up
Wait, what was her name again?
This is 200% real, we are strangers now

You, who had been in my heart, is getting farther away
Even my feelings that loved you

Maybe I’m smiling to deceive myself
Why are tears falling?
I miss you I miss you, yeah



Lawatan ke KL 4

Author : Hazwani Hassan Time : 9:16:00 AM Comments : 0 Labels :
27/12/12 - City Tour & I-CITY

Ini ialah entry bergambar. Sila jangan muntah bila baca entry nie okeh.

Hari seterusnya kitorg bangun awal sebab nk pegi breakfast kat bawah. So, awal-awal lagi Emak dah kejut suruh bangun mandi and siap. Kitorg turun dalam pkul 9.30. Makanan kat sini okey lah, sebab kalau Emak masak lagi sedap kot. Kekeke. Kitorg makan Nasi Lemak hari nie. Lepas dah makan semua, Abah terus pegi sembang dgn akak yg Pakej Pelancongan tue. Pakej yg disediakan sangatlah banyak, tapi kitorg ambil yg City Tour punya. Diorg akan bawak kami ke KLCC, Menara Kuala Lumpur, Muzium Negara, Istana Negara dan Tugu Negara.

Kitorg bertolak lepas Abah bayar semua, ermmm lebih kurang pukul 11 cmtu lah. Pegi naik van diorg. Memula sekali kitorg pegi Muzium Negara. Masa kitorg pegi nie, diorg tgah renovate kawasan depan Muzium tue. Jadi, kitorg masuk ikut pintu belakang. Time nie pulak, ada pameran Bahasa Melayu. Tapi, kitorg tak ambik kisah pon. Bukan tahu sgt pon pasal BM nie. Kitorg bnyak tgok benda lain. 
Sebelum masuk muzium
Nie pon sebelum masuk gak
Abah konon-konon nak kitorg amek gambar candid. Tue tgah berlakon la tu
Opps, gelapnyer...
Nie pong gelap..
Cuba teka apa yg Si Gemuk tgah tengok?
Berlakon lagi
OKey, nie tak berlakon.
Aigoo, comeynyer kamu
NIe dekat luar, tapi kitorg amek gmbar time nk balik


My Family. 2 org xde.
My precious

Lepas habis jalan-jalan dkat Muzium Negara, kitog terus pegi ke Istana Negara. Istana yg baru okey, bukan yg lama. Masa nie cuaca amatlah panas. So, kitorg tgok-tgok dan tangkap gambar cepat-cepat terus larik masuk dalam van laju-laju. Haa, cuba teka berapa bnyak kata ganda yang Wanie guna pada ayat sebelum nie? Okey, tak kelakar. Gambar dekat Istana amatlah sikit okey, so kengkawan jgn nak demand mintak gambar bnyk-bnyk pulok. Kekekeke.

Wanie tgah amek gambar
Candid Candid
Lepas Istana, kitorg pegi ke Tugu Negara pulok. Time nie, lagilah, hanya Allah yg tahu betapa teriknya cuaca. Dekat sini pun, kitorg tgok-tgok dan terus balik. Just bagi tahu sikit-sikit sejarah kt budak-budak dan amek gambar. Ala, bebudak nie pon dah tak dgar dah org cakap ape. Letih weh..



Okey, yg nie berlakon lagi
Masa nie bebudak semua dah ajak balik dah, Abg tue bawak pegi tgok KLCC jap, tapi kitorg tak keluar pon. Orang tersangatlah ramai. Tambahan pula, masa rehat utk pejabat dah sampai. Memang ramai lah org keluar makan kan. Kitorg tgok dari dalam van jer. Lepas tue kitorg balik, Abah beli nasi dkat Kedai Nasi Kandar. Time nie, Akak dah balik keja dan dia dah sampai kat hotel pon. Sampai hotel, makan-makan, lepas sembahyang, kitorg tidur berjemaah.

Malamnya pula memang dah janji dgn Si Kecik nak bawak dia pegi I-CITY. Kitorg pegi 2 buah keta. Macam yg kitorg pegu rumah Epul malam tue. Cuaca amatlah tak fun. Hujam lebat waktu kitorg nak pegi nie. Punya la lama kitorg tunggu Si Epul nie nk datang ambil kitorg kt hotel. Nak dekat pukul 9 malam baru dia sampai. Adoyai, dalam hati dok pikir, sempat ke nak sampai. Dengan hujan lagi, jammed tak payah cita la kan. Hadoiii!

Tapi, Alhamdulillah. Kitorg selamat sampai ke I-CITY pada jam 10 lebih-lebih sikit la. Tak pasti pukul berapa. Yang Wanie tahu kitorg masuk tmpat salji tue pkul 11 malam. Akak cakap kat kitorg "Korang jgan keluar sampai korang rasa sejuk". Aduh, nie paksaan nie. Kitorg pon redha jer la. Sape suruh hegeh sangat nak masuk kan. Masuk la kitorg 5 beradik. Giler sejuk weh. Wanie masuk-masuk dah rasa gigil dah. Macam mana la nak pegi Korea nie. Kekeke

My treasure

Tengok Si Kecik, dah sejuk la tue









Masa nie dia dah ajak keluar dah. 


Bila keluar jer, cari-cari Emak dgn Abah takde. Lastly, Akak call gtau yang diorg ada kt OldTown tngah makan. Kitorg pon apa lagi, sejuk-sejuk nie lapar weh. Terus berlari-lari anak pegi ke Old Town. Abah pesan Nasi Ayam dkat kitorg semua. Time nie hujan lagi, so Abah cakap lepas makan, ambil gambar dekat-dekat nie jer. Tak payah pegi jauh-jauh. Jadi, ini jer lah yang kitorg dapat tangkap.





Disebabkan kitorg tak dapat pegi kt pokok-pokok nie, maka Wanie ambil gambar dari luar jer. Huhuhu. Kitorg balik nak dekat pkul 1 dah. On The Way balik hotel pon still hujan. Kitorg sampai hotel dalam pukul 2 kot. Balik-balik, terus berjemaah la. Bukan sembahyang tapi tido. Kekeke


To Be Continue




Wednesday, January 9, 2013

I Want To Get Hurt

Author : Hazwani Hassan Time : 9:38:00 AM Comments : 0 Labels :

Tuesday, January 8, 2013

Perubahan

Author : Hazwani Hassan Time : 3:30:00 PM Comments : 0 Labels :

Hari first sekolah


Sebenarnya, memang tak galakkan dia pakai tudung lagi. Sebab kecik lagi, takut panas. Tapi dia mang dah biasa pakai tudung kat tadika dulu. So, kitorg tak beli lah tudung sbb ingat tak nak pakai tudung. Pagi sebelum sekolah tue Wanie dah bawak dia pegi gunting rambut semua dah. Bila dia pegi sekolah, dalam kelas dia 3 org jer tak pakai tudung termasuk lah dia. Mungkin dia rasa malu kot, petang tue juga ajak Abah & Emak keluar beli tudung. Dan beginilah hasilnya.

Hari kedua sekolah


Cak!! Ha dah pakai tudung dah, Comey adik Kak cik pakai tudung. Alhamdulillah.