Wednesday, May 22, 2013

VIXX Ravi & KEN - Wish You To Be UnHappy

Author : Hazwani Hassan Time : 4:49:00 PM Comments : 0 Labels :


Wanie suka sangat lagu yang diorang nyanyi nie. Suara Ravi memang masuk sangat dengan suara KEN. Wanie suka suara Ken, walaupun sebenarnya bias Wanie adalah N. Suara Ken, kalau malam-malam dengar rasa sayu jer. Tak tahu lah kenape. Huhuhu...


산이 San E - 불행했음 좋겠다 Wish You To Be Unhappy (Feat. Bee Of Rphabet)


Lagu tue sebenarnya lagu diorang nie. Ken & Ravi buat cover jer. Tapi Wanie still suka yang Ken and Ravi nyanyi drpd artis sebenar.



TUMBLR & GIF

Author : Hazwani Hassan Time : 8:30:00 AM Comments : 0 Labels :
Jangan mengaku kamu peminat K-POP kalau kamu tak tahu apa itu tumblr. Dekat tumblr nie lah selalu diorg upload gambar atau gif. Wanie suka sangat dekat tumblr nie. Macam-macam gambar boleh tengok. Macam-macam gif ada. Suka I tau. Wanie pun ada Tumblr jugak, tapi Wanie takdelah nak upload gambar atau gif tue. Wanie just reblog or likes jer.
So, disebabkan Wanie dah lama guna Tumblr, teringin jugak lah nak buat gif. Nampak best jer bila org buat gif. Budak-budak sekarang semua pandai-pandai belaka. Yg pandai edit blog ade, yg pandai edit Tumblr ade. Yang pandai edit gambar? Tak payah cakap lah, beratusssss ade. Haih, diorang nie belajar kat mane yer? Semua tahu. Wanie yang belajar kos komputer nie pun tak tahu banyak macam diorg. Tapi jangan salahkan Wanie, sebab Wanie ambik Sistem. So, Wanie hanya tahu masalah dalam perut CPU tue jer. Edit-edit ni tak main ler, Semua keja pompuan. *Abes kamu tu ape Wanie oiii* Kekeke... Lariksss
  
Disebabkan gigih sangat nak buat Gif, Wanie pun cari lah dalam Google macam mana nak buat gif nie. Ingat nk guna photoshop, tapi laptop nie pehal ntah, nak Install photoshop tak boleh. Jadi, Wanie guna GIMP. GIMP pon hokei, simple & x serabut sangat. Wanie ambil masa tak lama sangat, mungkin sebab Wanie Fast-learner *masuk lift tekan sendiri nampak*, bila Wanie tengok cara dia, Wanie dah boleh agak buat macam mana.
Bila dah tau cara nak membuatnya, terus download video yg nak buat gif tue. Ha, salah satu sebab kenapa Wanie nak belajar buat gif adalah kerana, Wanie ada suka 1 part dalam video nie, memang lawak giler part tue, tapi mungkin Wanie sorang jer yang rasa lawak kot, Wanie cari dalam tumblr takde pun org buat gif utk part tue. Itu pasal yang belajar buat gif tue. Bila dah tahu terus buat dan...
Tada!!!!




5 gif nie lah gif pertama yang Wanie buat. Okay tak? Bagi Wanie, okaylah sebab first time buat. Bila dah siap Wanie try upload dalam Tumblr. Tak sangka ada jugak org yang likes dan reblog gif ntah pape nie. But, seriously, bagi Wanie, part nie memang lawak. Wanie ulang banyak kali sebab terlalu lawak. kekeke....

nampak tak ade org likes. walaupun sikit...
Sekarang nie adelah lebih kurang 10-20 gif yang Wanie dah buat. Tapi malu nak letak sini. Nanti bila Wanie dah terror, Wanie letak sini banyak-banyak, hokeh.

P/S : Tak dapat digambarkan betapa gembiranya Wanie dengar lagu baru VIXX. MV dia pulak sangat mantap. Nasib baik dulu Wanie pernah belajar pasal Dr. Jekyll and Mr. Hyde. Kalau tak, confirm tak paham maksud lagu dia.






Monday, May 20, 2013

Ottokaji....

Author : Hazwani Hassan Time : 3:39:00 PM Comments : 0 Labels :

2 3 hari nie kan, Wanie rasa happy sangat. Bukan happy sebab nak kawen ke, atau dapat anugerah ke, atau menang loteri ke. Wooppp! Tue dah melebih. Bukan happy sebab tue. Actually, Wanie happy sebab nie...


Waa... Dulu Wanie sikit pun tak pandang diorg nie. Siap cakap "Ape ke pelik nama kumpulan diorg nie, VIXX. Lagu pun biasa jer." Nah, sekarang nie, tiap kali on laptop, video diorg nie la Wanie cari dulu. Tak sangka wooo, yang diorg nie suma kelakar and lawak habis. Tambah-tambah si N, Ken & Ravi. Diorg 3 org nie la yg selalu buat Wanie gelak sorg-sorg. Aigooo.

Oklah, diorg nie sebenarnya kumpulan VIXX. Debut pada 24th May 2012 dengan lagu Super Hero. Honestly, Wanie cakap lagu diorg yang pertama dan yang kedua tak berapa best. Tapi, bila kali ke-3 diorg buat comeback, terus terpikat walaupun memula tue tak berapa nak suka gak. 


Kumpulan nie ada 6 orang ahli. N- Leader & Main dancer, Leo - Main vocal, Ken - Main vocal, Ravi - Rapper, Hongbin - Vocal & Visual dan Hyuk - Maknae & Lead dancer. Bias Wanie ialah Cha Hakyeon iaitu si N. Si N nie, kalau tak buat org gelak memang tak sah. setiap benda yang dia cakap mesti ada lawaknya.

MAKNAE HYUK
LEADER N
RAPPER RAVI
VISUAL HONGBIN
MAIN VOCAL KEN 
MAIN VOCAL LEO

Tak tahu la kenapa Wanie rasa sayang sangat dekat diorg nie. They are too precious for me. Nak bagitahu, hari ni diorg nak comeback lagi. Untuk mini album yg ke-4. Hope lagu diorg boleh dapat no 1. 
N-YEONG



Sunday, May 19, 2013

Wedding Kakak

Author : Hazwani Hassan Time : 8:05:00 PM Comments : 0 Labels :

Tinggal lebih kurang 2 minggu jer lagi untuk kenduri kakak. Alhamdulillah, rasanya semua persiapan dah siap. Ahad lepas Wanie dah shopping sakan. Berbekalkan duit elaun yang Encik Abah bagi, Wanie beli kasut, tudung untuk Wanie, Si Kecik dan untuk Emak. Sebenarnya ada lagi benda nak beli, tapi duit dah tak berapa nak ada. Nanti nak try manja-manja dengan Puan Emak. Mana tahu dapat habuan sikit. Rasanya dah bagi tahu kan tema kenduri Kakak nie. Kalau dah lupa, meh nak habaq sekali lagi meh...

Actually, kakak nak buat biru purple sebenarnya. Tapi, baju pengantin untuk warna tue takde. Kalau nak juga kena tempah, tapi mahal la pulak kan. So, kakak ambik keputusan utk ambik baju yg dah siap dah. Dan warnanya adalah pink turquoise. Dah ramai org buat biru pink kan. Wanie x berapa nak berkenan sangat. Tapi bukan kenduri Wanie pon, biarlah dia nak warna apa pun kan.

So, baju kami sekeluarga adalah biru turqoise. En. Abah tak nak pakai pink, jadi semua org terpaksa pakai biru. Tudung pulak, Wanie nak try pakai half moon. Actually, Wanie nak cari selendang sebab Wanie amat suka selendang. Wanie cari and cari and cari, habis satu Pekan Ahad and Kedai dekat padang serai nie Wanie pergi, tapi tak jumpa pun selendang. Pn. Emak cakap, "Eh, org tak pakai selendang dah kot sekarang nie. Kamu tue ketinggalan zaman." Terus sentap. Terus beli half moon.

Half moon yang Wanie ambik nie takde manik kat atas kepala. Wanie minta tolong kawan Emak jahitkan manik atas kepala. Tak tahu la jadi macam mana. Sebab tak siap lagi. Harap-harap cantik. Hermm, lepas tue, nak cite apa lagi ek? Ha, barang-barang untuk door gift semua dah tempah. Tapi tak sampai lagi la. Nanti diorg antar terus dekat rumah Abah. Kitorg pulak, hari Khamis nie baru nak bertolak pergi rumah Abah. Tapi, kitorg kena pergi ambik Si Kurus dan Si Kecik balik sekolah dulu. Pastu, terus balik rumah Abah. 

Sekarang nie Wanie tengah cari kedai untuk tempah kek pengantin. Tak tahu lah dekat Jitra nak tempah kat mana. Emak kata nak tempah dekat Resepi Rahsia. Tapi kang mahal sangat pulak. Kitorang nie pun bukanlah orang yang berada. Wanie nak kek biasa-biasa jer. Tapi tak tahu lah kat mana nak beli. Nanti nk kena tanya Mak Teh tengok.

Hermm. Itulah serba sedikit perkembangan tentang kenduri Kakak nanti. Lepas kenduri nanti lagi banyak nak cerita. Okey lah. Bye. Salam...





Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Author : Hazwani Hassan Time : 9:21:00 AM Comments : 0 Labels :


Hari nie, adik-adik semua pergi sekolah pagi sebab ada sambutan Hari Guru. Sepatutnya Si Gemuk jer yg sekolah pagi, tapi hari nie Si Kurus & Si Kecik pon kena pergi pagi. Si Kecik tidur awal giler semalam. Semangat nak sambut Hari Guru. Iye lar, dia kan first time sambut Hari Guru. Si abang pulak muka nak tak nak jer pergi sekolah. Kekeke.

Hari nie, disebabkan pergi awal, Si kecik kena duduk dgn Si Gemuk jer la. Puan Emak dah tak boleh hantar sampai dalam. Semalam pesan dekat SG suruh tengokkan adik dia sama. Sebab, hari nie kan ramai. Selalunya ada 2 sesi tak berapa nak ramai. Pesan dekat SG supaya pergi hantar hadiah dekat meja guru dulu. Pastu baru bawak SK duduk beratur dekat dewan. Kalau tidak, berat lah nak usung beg ke hulur ke hilir. Bila dah pergi hantar hadiah, takdelah berat sangat nak membawa begnya tue.

Hadiah diorg, hari selasa lepas dah pergi beli. Petang tue, lepas ambik SK terus pergi kedai beli hadiah. Banyak kedai jugak cari, tapi takder yg berkenan di hati. Wanie tak suka beli jenis bunga atau teddy bear kecik tue. Wanie lebih suka beli benda yang cikgu tue boleh guna nanti. Contohnya mug, mangkuk atau tmpt letak pen. Kalau beli bunga, lama-lama cikgu buang juga. Ada ke cikgu nak simpan bunga plastik banyak-banyak? Jangan harap lah.

Balik tue, terus semangat nak balut. Akaknyer nie yg semangat sebenarnya. Wanie memang suka membalut nie. Dulu, time sekolah menengah, Wanie pernah balut buku teks utk 2-3 org kawan Wanie. Seorg ada lebih kurang 12 buku. Kiralah semua sekali berapa buah Wanie balut. Rugi tak mintak upah time tue. Kekeke. Sebelum balut, snap gambar dulu sebab nak tnjuk kat En Abah nnti. Lepas tue baru balut. Dan hasilnya....

Tadaaaa...



Banyak tak? Bagi Wanie ok lah banyak nie, tapi Kakak cakap bnyak. Sebenarnya tak banyak pun. Si Kecik bagi 4, Si Gemuk bagi 4 dan Si Kurus bagi 1. Si Kurus sebenarnyer tak nak bagi tapi telah dipaksa oleh Puan Emak. Sebab tue dia bagi 1 jer kat cikgu dia. Oklah, tak de apa nak cakap sebenarnya nie. Just nak ucap SELAMAT HARI GURU 

KEPADA GURU

-SEK REN KEB ( 2 ) SELAYANG BARU, KL
-SEK KEB BNDR BUKIT KAYU HITAM, KEDAH
-SEK MEN KEB JITRA, KEDAH
-ILP KEPALA BATAS, P.PINANG

Terima kasih atas didikan yang diberikan kepada Wanie. Semoga cikgu sihat dan gembira sentiasa. Semoga panjang umur dan murah rezki. GOD BLESS YOU....

......TERIMA KASIH CIKGU......

Tuesday, May 14, 2013

I Dont Want To Be An Idol

Author : Hazwani Hassan Time : 2:00:00 PM Comments : 0 Labels :

Because of the endless schedule
It’s not easy to see your face
Me inside the TV, you watching me on TV
That’s how we date
Should I quit?
When I think about you, I keep getting weak
Because I’m an idol, because I’m a celebrity
I can’t hold your hand when we walk but
When I become more famous, when I become more confident
I will give you all the love I couldn’t give you now
I want to go out and go to the movies
I want to stick close to you and walk all day
Things that everyone else does, things that are normal
Those things are difficult for us
I wondered if we should break up a few times but I love you too much
As much as I love you, music is so important to me too so I can’t help it
After some time passes, after I become a bit more famous
I will reveal you to the world – I love you
Because of all the cameras, because of my manager
I kept pushing back our dates
When my music succeeds, when everything goes well
I will give you all the love I couldn’t give you now
I’ll do everything for you, I’ll give you everything
This song is for you – I love you

Breakable Heart

Author : Hazwani Hassan Time : 11:06:00 AM Comments : 0 Labels :

Please listen to my story
I cry all night
I can’t even swallow water, I can’t fall asleep
I’m having a hard time
They don’t support my love
They say I’m a poor to judge character
They don’t really know you
But they all hate you
They say you’re the bad one (Don’t say that)
They say it’ll be over soon (Please stop saying it)
Break up with him, break up with him
I’ve heard it more than a thousand times
I have a breakable heart (I think I do)
My heart seems broken (Completely shattered)
If I’m told to give up, If I’m told to erase everything
Listen, this is not fair
I have a breakable heart (I live with it)
Don’t know when to be shattered (I’d be broken)
Break up with him, finish everything
Just don’t say that
Why are you so obsessed
Every love has an end
Sorry, my love is always like that
But you were happy with me
That’s all, what’s the problem
let’s now waste time, babe
I know it’s painful, that’s what I feel too
I’m such a coward, swear at me harshly
Now I should go
Can you get out of my way
No way, I know you’re lying (Please don’t do this to me)
I won’t let you go (Please stop it)
You want me to get out of your way
Hey’s this is not right
I have a breakable heart (I think I do)
My heart seems broken (Completely shattered)
If I’m told to give up, If I’m told to erase everything
Listen, this is not fair
I have a breakable heart (I live with it)
Don’t know when to be shattered (I’d be broken)
Break up with him, finish everything
Just don’t say that
I have a breakable heart (I think I do)
My heart seems broken (Completely shattered)
If I’m told to give up, If I’m told to erase everything
Listen, this is not fair
I have a breakable heart (I live with it)
Don’t know when to be shattered (I’d be broken)
Break up with him, finish everything
Just don’t say that (Just don’t say that)

Thursday, May 9, 2013

Dah bulan 5 dah

Author : Hazwani Hassan Time : 1:02:00 PM Comments : 0 Labels :

Maaf sebab dah lama sangat tak hapdate. Nak kata sibuk, tak lah sibuk sangat. Tapi kalau nak kata tak sibuk pun tak boleh jugek. Sebab Wanie setiap masa ada jer keja yang nak dibuatnya. Hari nie entah kenape rasa nak hapdate belog pulak. Tue yang terciptanya entry nie.

Apa khabar kengkawan semua? Hope semua sihat-sihat belaka. Wanie, Alhamdulillah sentiasa sihat walafiat.  Mcm - mcm yang dah berlaku selama Wanie tak hapdate nie. Alhamdulillah semuanya benda - benda yang baik. 

Big congratulations for my beloved sister. 27 Mac hari tue, kenduri akak bernikah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dgan lancar dan tenang. Dengan sekali lafaz jer, akak dah sah menjadi isteri Abg Epul. Semoga Allah permudahkan kehidupan mereka sebagai suami isteri. In Sha Allah. Hari akak nikah nie, kitorg dtg lambat. Wanie teman akak pergi makeup dulu kat kedai. Akak yg makeup tue lambat sgt dia buat keje. Elok dah habis makeup, Encik Abah tepon tanya apesal lambat sangat. Tok Kadi dah lama tunggu. Giler takut time tue. Kena Tok Kadi merajuk camne? Nasib baik dia okey jer. Kalau tak, habislah akak.

Wanie 2 3 hari nie dok buat bunga telur untk kenduri kahwin akak nanti. Tapi sekarang dah siap dah, sebab yang lain akak beli yang dah siap. Cuma yang nak bagi kat pihak lelaki jer Wanie buat. Tak tahu lah elok ke idok. Pakai buat jer. Dah la takde pengalaman langsung. Hope diorg tak mengata la nanti. Kekeke...

Si kecik sekarang dah pandai rehat sendiri. Puan Emak dah tak payah pegi sekolah time dia rehat. Dia dah pandai rehat dengan kawan dia. Beli makanan sendiri pun dah pandai. Alhamdulillah. Hari nie, Si Gemuk kena tido kat sekolah. Sekolah ada buat program Qiamulail utk murid tahun 6. Petang nie time nak ambik Si Kecik baru antar dia. 

Okeylah, macam dah tak de idea nak tulis apa kan. Kekeke. Nanti Wanie update lagi. In Sha Allah....


P/S : Wanie puasa hari nie....