Wednesday, January 30, 2013

Mengajar lagi

Author : Hazwani Hassan Time : 3:32:00 PM Comments : 0 Labels :
Ingat tak ari tue Wanie ada cakap yang Wanie harap dapat mengajar lagi bebudak tadika tue? Yes, impian Wanie tercapai. Wanie pergi mengajar lagi hari isnin hari tue. Tapi Wanie ngajar dari awal pagi. Bebudak nie masuk kelas pukul 8 pg, dalam pkul 9 pg baru Wanie pegi. Memula cikgu sebenar diorang nak Wanie ajar dari pagi terus, tapi disebabkan ada seorang budak nie yang selalu nangis, jadi dia terpaksa datang dulu. Dia kena bagi tahu Elia nie yang Wanie akan ganti dia baru dia pergi. Kalau tak dah nangis dah budak nie. 
Apa Wanie ajar hari tue? Actually benda basic jer. Kelas pon baru mula kan, bebudak yang baru masuk, Wanie ajar ABC, yang dah lama masuk, Wanie suruh diorang tulis ABC jugak, tapi Wanie tinggal jer. Sebab memasing dah tahu macam mana nak buat kan. Bila dah siap diorang akan datang tunjuk dekat Wanie dulu baru antar. Bagi bebudak baru, diorang tak tahu nak tulis lagi, so Wanie kena ajar sorang-sorang macam mana nak tulis a, tulis b dan seterusnya. kadang-kadang diorang buat betul, kekadang diorang hantam saja. Choii sungguh. Dan seperti biasa Wanie tetap akan cari pembaris kuning kesayangan Wanie. Kekeke.

Lepas habis tulis ABC, rehat. Wanie bagi bebudak nie pegi makan sementara Wanie tulis nama diorang kat buku baru. Ada seorg budak nie dia tak mau makan. Bila Wanie tanya dia cakap dia bawak kuih jer. Jadi dia tak mau makan la. Then, Wanie tanya dia nak main ke? Sepantas kilat dia masuk bilik mainan. Wanie tak sempat nak cakap yg dia boleh pegi main, dia dah mula sepahkan mainan. Sebenarnya, dia nak main jer. Sebab tue dia tak nak makan. Aihh, macam-macam.

Dah habis makan & main, sambung belajar balik. Kali ini, untuk bebudak 6 tahun Wanie bagi buku matematik dan bagi bebudak 4 & 5 tahun, Wanie bagi buat asas tulisan. Bebudak 4 5 tahun Wanie tinggal jer, diorang buat sendiri. Wanie pegi ajar matematik dekat budak tahun 6.

"Okay, tengok soalan pertama, apa dia tanya?"
"4+3 cikgu."
"Baik, macam mana nak buat"
*diam*
"Okey, 4 letak dalam kepala, angkat jari 3."
"4 dalam kepala, angkat jari 3"
"lepas 4 berapa"
"5!!!!"
"baik, turun satu jari sambil kira 5 6 7"
*turun jari sambil bilang 5 6 7*
"jawapannyer"
"7!!!!"
"bagus, paham tak?"
"paham cikgu"
"sekarang buat soalan no 2"
*diam*

Bila dah diam, maknanya tak paham la tue. Beronok-ronok cakap paham sebenarnya tak pon. Lepas dah habis ajar matematik, kitorang mewarna pulak. Mewarna lagi lah senang. Kerja Wanie adalah mengasah warna diorang. Adoyaii, penat nak asah sorang-sorang. Banyak pulak tue. Huhuhu. Lepas dah habis warna, diorang akan balik. So, Wanie bagitahu diorang sapa warna tak cantek tak boleh balik. Huhuhu. Kejam giler cikgu nie. Kekeke. Takdelah, Wanie lawak jer. Wanie nak bagi diorang warna elok-elok. Kalo tak main hentam keromo jer.

Diorang balik pkul 12 tgah hari. Ermm, dah rindu balik dekat diorang. Huhuhu.




No comments:

Post a Comment