Monday, December 31, 2012

Happy New Year

Author : Hazwani Hassan Time : 11:18:00 PM Comments : 0 Labels :


Hari nie boleh update awal sikit. Adik2 semua dah tido sebab esok dah start sekolah. Selalunya Wanie type malam tapi post keesokan harinya, tapi hari ini nk post malam nie jugak. Sebab nk ucap Happy New Year pada semua kengkawan Wanie. Pejam celik pejam celik dah habis tahun 2012. Mcm mane? Terlaksana tak azam 2012? Lepas nie nak pkir azam 2013 pulak. Wanie punya azam 2012? Boleh la. Ada yang tercapai ada yang masih belum tercapai.

So, sapa pegi I-City & Dataran Merdeka malam nie? Wanie tak pegi mane2 pon. Dok tercongok depan PC menaip entry nie je. Esok Adik2 dah start sekolah. Aduh, kejap jer rasa bebudak nie cuti. Lepas nie dah start aktiviti mcm biasa. Si Kurus dah masuk Tingkatan1, Si Gemuk pula tahun nie UPSR. Ermm, Si Kecik dah besar dah, dah masuk Darjah 1. Hari tue pegi bayar yuran sekolah, check dia masuk kelas mana. Alhamdulillah, dia dah menggembirakan hati Emak. Dia masuk 1R1. Kelas no 1. Belajar rajin-rajin yer dik. Bagi Emak bangga.

Okeh, di kesempatan ini, Wanie nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua yg mengenali diri Wanie. Semoga hari-hari yang mendatang akan berjalan dengan lancar dan dilimpahi rahmat.

No comments:

Post a Comment