Thursday, September 19, 2013

Asrama

Author : Hazwani Hassan Time : 11:00:00 AM Comments : 0 Labels :

Hari selasa lepas, Emak pegi dengar ceramah untuk Isi Borang Kemasukan ke asrama dekat sekolah Si Gemuk. Sebenarnya ceramah nie Wanie dah dengar tahun lepas masa nak isi borang untuk Si Kurus. Tapi sebab dah setahun kan, dah lupa cara nak membuatnya. Sekarang nie semua nak online bagai. Kalau ada para waris yang dah tua dan yang tak berapa nak celik IT tue nak buat macam mana? Terpaksa minta tolong orang buatkan. Nak harapkan anak-anak, bagi RM2 pegi cyber cafe bukan nak mengisi borang tapi nak main game.

Keluarga Wanie, alhamdulillah Abah dah ajar macam mana nak guna komputer sejak dari kecik lagi. Kalau ingatan Wanie masih betul la kan, Abah belikan komputer masa Wanie darjah 2 iaitu tahun 1998. Yup, masa tu masih guna Windows 98. Kuno tak. Kekeke Sekarang nie dah sampai windows 8 kan. Lepas Abah belikan komputer, terus Abah hantar Wanie dan Kakak masuk kelas komputer. Wanie belajar tak habis pun. Dasar malas. Kakak jer yang habis tapi dua-dua dapat sijil. Lepas tue Wanie explore sendiri apa yang ada dalam kotak komputer nie. Alhamdulillah, sekarang nie kerja-kerja yang menggunakan komputer banyak Emak @ Abah @ Kakak @ Adik-adik lain suruh Wanie yang uruskan.

Cup! Sebenarnya Wanie bukan nak cerita pasal komputer. Tapi pasal asrama. Si Gemuk nie keputusan exam dia kadang ok kadang tak. Kalau keputusan UPSR dia okay, Wanie memang nak suruh dia masuk asrama. Permasalahannya sekarang adalah Emak Wanie. Emak Wanie nie tak berapa nak bagi sangat anak-anak beliau masuk asrama terutama sekali yang lelaki. Kalau kengkawan tahu yang pernah dok asrama pun Wanie dan Kakak jer. Tapi Wanie paling lama sebab wanie masuk asrama sejak Form 1.

Emak takut nak bagi adik-adik Wanie asrama sebab takut kena buli. Wanie tahu sekarang nie kalau kat asrama banyak sangat kes buli. Tak kisah la asrama penuh atau asrama harian. Mesti ada kes buli. Bila tanya Emak apesal time Wanie nak masuk asrama dulu, Emak okay jer. Tak takut Wanie kena buli pun. Emak cakap perempuan lain, lelaki lain. Maybe betul kata-kata Emak kat sini.

Masa Wanie tinggal kat asrama dulu memang tak kena buli. Tapi yang Wanie paling benci sekali masa Wanie Form 3. Tahun Wanie PMR pulak itu. Akak-akak senior nie entah dari mana tetiba buat satu perhimpunan. Dalam perhimpunan tue diorang cakap nak junior dari Form 1,2 & 3 ambik tanda tangan senior form 4,5 & 6. Time nie budak form 3 memang dah start bengang. Diorang bagi masa seminggu kalau tak silap Wanie. Wanie balik bilik time tue memang tension sangat sampai nak nangis. Nak study lagi, nak ambik tandatangan diorang lagi. Memang geram sangat.

Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan tugas Wanie. Maybe sebab Wanie kawan dengan member yang rapat dengan senior, so bila pegi minta sign diorg terus kasik. Ada budak junior Wanie kena basuh baju la, iron baju la. Memang takde belas kasihan langsung. Tapi, time nak hantar tue Wanie tak cukup lagi 2 atau 3 orang senior ntah, tapi memang tak cukup lah. Diorng bagi masa berapa hari entah tapi time nie kitorg sibuk sebab nak ada exam kot. Last-last, warden buat perhimpunan and suruh berhenti mintak tanda tangan nie. Dalam hati rasa Ya Allah syukur sangat, tapi tengok muka kak senior memasing masam. Hah, ambek korang. Sekali kena dengan warden baru tahu.

Jujur Wanie cakap yang Wanie tak pernah kena buli masa tinggal kat asrama. Setakat gaduh dengan kawan tue adelah tapi tak teruk mana pun. SG nie Wanie tak tahu la macam mana dia kalau duduk asrama. Dia nie manja sikit. Sikit-sikit Emak, sikit-sikit Abah. Mungkin sebab tue Emak tak berapa nak harap kot. Tapi Wanie tetap nak apply asrama untuk dia. Nak ajar dia agar hidup berdikari sikit tapi dalam masa yang sama Wanie takut jugak dia kena buli. Huhuhu.



Thursday, September 12, 2013

Cuaca

Author : Hazwani Hassan Time : 3:51:00 PM Comments : 0 Labels :

Dua tiga hari nie dekat kawasan rumah Wanie asyik hujan jer. Hari selasa ari tue, hujan dari pagi sampai malam sampai pagi esoknya. Hari rabu hujan sekejap jer. Hari nie Alhamdulillah panas tapi tetap ada ciri - ciri hujan nak turun.

Wanie suka hujan. Bagi wanie hujan nie Rahmat daripada Allah. Alhamdulillah. Tapi, bila hujan, memang akan ada banyak masalah. Baju kalau basuh dan sidai pun belum tentu boleh kering dalam sehari. Baju Wanie kalau tak kering Wanie ambik sangkut dalam bilik Wanie. Bila kena aircond confirm kering. Kekeke. Hari nie boleh la jugak jemur baju sebab tak hujan.

Kesihatan pon kena jaga jugak musim hujan nie. Wanie dari semalam lagi pening. Sebab tue tak hapdate belog. Emak pulak, hari nie pening dan rasa nak demam. Wanie masak sup ayam hari ini. Sebab Wanie suka makan sup kalau demam. Tapi Wanie tak demam. Cuma pening jer. Emak yang nak demam.


Alhamdulillah. Hari ni hari last UPSR. Tapi Si Gemuk tak balik lagi. Pukul 4.30 baru dia balik sebab diorang ada lagi 1 exam. Lepas nie boleh lah dia relax sikit. Kalau tak 24 jam ngadap buku jer. Kekeke.



Tuesday, September 10, 2013

UPSR

Author : Hazwani Hassan Time : 3:42:00 PM Comments : 0 Labels :

Akhirnya... Setelah 9 bulan membuat latihan untuk berperang, hari nie dah masuk ke medan peperangan. Hari ini Si Gemuk UPSR. Wanie rasa lega sangat bila UPSR dah sampai. Mana tak leganya, kesian sangat tengok SG nie kat sekolah.

Wanie masa darjah 6 dulu, kalau ingatan Wanie masih betul la kan dalam tahun 2002 kot, takde lah sampai teruk macam nie. Wanie dulu habis sekolah pukul 1 tapi Wanie tak balik rumah. Wanie tunggu Emak datang hantar bekal sebab pukul 2 ada kelas tambahan. Selesai kelas tambahan ada kelas Kafa pulok. Tapi hari Ahad - Selasa jer. Hari Rabu & Khamis, pukul 1 dah sampai rumah dah. Haa, camno tuh?

Buat latihan pun ala kadar jer dulu. Apa yang cikgu ajar macam masuk tak masuk jer dalam kepala hotak nie. Tup-tup, dah kena susun meja untuk UPSR. Wanie dulu macam blur jer, ape kehal sampai nak kena ukur guna pembaris 1 meter kan. Selalu renggangkan meja tak payah ukur-ukur pon. Pastu jawab exam pulak macam jawab exam pertengahan tahun jer. Sikit pon tak serius. Main-main lagi ada la.

Maybe disebabkan perangai Wanie macam nie cikgu tak pilih Wanie sebagai calon untuk dapat 5A atau 4A1B. Time cikgu pilih nie macam terasa jugak la. Kawan-kawan Wanie suma cikgu pilih sebagai calon 5A. Wanie sorang jer tak. Huhuhu. Tapi, bila result kuar, suma cikgu terkejut. Bukan setakat cikgu jer, Emak Abah & Wanie sendiri  pon terkejut. Wanie tak la pandai sangat, So Wanie dapat 4A 1B jer. Bukan nak ngumpat, tapi kawan Wanie yang cikgu target dapat 5A tue dapat rendah dari Wanie pon ada. Semua cikgu datang peluk Wanie. Cikgu pompuan jer la. Ye la, mana orang nak sangka kan budak tak berapa nak cukup nie bole dapat 4A. Kekeke.

Okey, tue zaman Wanie dulu. Zaman SG sekarang nie dah lain. Dah berubah sangat dah. Bebudak sekarang masuk jer darjah 6 dah ada komitmen. Dah mula berfikiran matang. Macam mana tak matang kalau dah setiap hari bertimbun latihan kena buat. Si Gemuk nie, pergi sekolah pukul 6.45 pg. Kenapa 6.45? Sebab eh, SG terpilih untuk masuk kelas tambahan yang cikgu sediakan di awal pagi. Bila dah masuk sekolah awal, mesti ingat habis sekolah pon awal kan? Masalahnya tidak.

SG habis sekolah pukul 1.15 ptg. Tapi dia tak balik lagi. Sebab 1.30 dia akan ada kelas tambahan sampai 2.30 ptg setiap hari kecuali hari Khamis. Bila dah balik, latihan confirm bertimba-timba. Okey kalau bagi latihan banyak, tapi malamnyer dia ada kelas tambahan lagi. Start pukul 8 mlm sampai 9.30 malam. Ini pon setiap malam kecuali malam Jumaat. Balik nak kena buat latihan lagi. Aigoo, penat sungguh Wanie tengok dia.

So, bila dah UPSR nie, Wanie rasa Alhamdulillah sangat. Semoga lepas nie hilang sikit penat dia. Hari ini, masa nak pergi tadi hujan lebat sampai sekarang baru berhenti. Alhamdulillah, hujan rahmat Emak kata. Nak bagi bebudak exam sejuk sikit. Wanie harap sangat yang dia boleh jawab dengan elok dalam UPSR. Wanie tak pernah mintak supaya dapat 5A atau 4A. Bagi Wanie, setakat mana dia mampu, Wanie terima dengan seadanya. Tapi kalau elok Alhamdulillah.

P/S - Goodluck pada semua yang menjalani peperiksaan UPSR hari ni. InsyaAllah akan berjaya....



Sunday, September 8, 2013

My Laptop

Author : Hazwani Hassan Time : 11:00:00 AM Comments : 0 Labels :


Masa Wanie belajar dulu, Wanie tak pernah ada laptop. Masa high school dah memang confirm tak boleh bawak laptop ke asrama kalau ade pon kan. Masa Wanie masuk ILP pulok, Wanie guna komputer kakak jer sebab dia dah beli laptop. So, keinginan untuk ade laptop nie sangat tinggi dalam diri Wanie. Wanie berangan berazam untuk beli laptop sendiri bila Wanie dah keje. Tapi rezeki tak berape nak menyebelahi diri ini. Wanie keje tak tetap. Kalau keje, gaji pulok tak berapa nak mencukupi. Kalau tak keje, confirm lah xde duit kan.

Abah selalu jugak bagi duit dekat Wanie untuk buat belanjer, sebab Wanie tak keje. Masa memula Abah bagi duit, Wanie tak terpikir pon nak simpan untuk beli laptop. Mungkin sebab masa tue, Wanie dah tak berape suka dah kot dengan laptop. Then, dalam bulan 4 / 5 tahun nie baru Wanie tergerak hati nak simpan duit untuk beli laptop. Sebab masa nie, Abah ada belikan laptop untuk Si Kecik. Makanya, keinginan untuk ada laptop kembali menusuk ke dasar hati ini.

Wanie cubalah simpan duit. Kalau dalam bulan tue Abah bagi duit and Wanie takde pape nak beli boleh lah simpan. Tapi kalau dah setiap bulan ade jer list yang menunggu nak simpan macam mane? Asal dapat duit terus habis. Wanie macam dah frust lah waktu nie nak beli laptop. Wanie main laptop Si Kecik jer. Tup-tup, 1 hari tue Abah call Emak cakap Abah beli hadiah untuk Wanie. Dalam hati nie dok pikir hadiah ape la yg Abah nie beli. Sebab eh, Abah Wanie nie sense of humor beliau tinggi sangat. Ntah-ntah bagi hadiah cekelat sebijik jer, baik Wanie pegi beli kat kedai India depan rumah nie ha.

Tapi tak. Abah Wanie takde lah sekejam tue. Emak Wanie cakap yang Abah belikan laptop untuk Wanie sebagai upah menjadi kakak yang baik. Kekeke. Alhamdulillah sangat. Allah bagi jugak peluang Wanie untuk ada laptop sendiri. Yayy!!! Sebenarnya, laptop nie Wanie dapat dari bulan 6 lagi. So, kurang lebih 3 bulan dah Wanie guna laptop nie.

Wanie ingat, bila Wanie ada laptop semua keje jadi mudah. Wanie boleh update belog selalu, boleh sambung tulis fanfic, boleh tengok Running Man dan macam - macam lagi lah yang Wanie pikir Wanie boleh buat. Tapi, sebenarnya tak pon. Bila dah ada laptop sendiri, lagi pening dibuatnya. Mana nak hapdate belog, nak nulis fanfic lagi. Kadang tue dah bukak dah blogger.com, dah teringat Running Man episode sekian sekian tak tengok lag, terus tinggal. Nak nulis fic pulok, kadang idea dah bercambah dalam kepala hotak berjambul nie, bila open jer office word, teringat drama nie episode baru dah kluar. terus tinggal. Lepas tue, mana nak datang dah idea, kena perah balik otak nie bagi kluar idea.

Sebab tue lah Wanie selalu tak hapdate belog. Ini lah masalah yang dihadapi oleh Wanie. Mungkin Wanie tak tahu nak bahagikan masa tapi Wanie tetap cuba. Kekeke.Wanie harap sangat lepas nie Wanie boleh hapdate belog macam biasa. InsyaAllah....