Friday, January 25, 2013

Kerja

Author : Hazwani Hassan Time : 5:30:00 PM Comments : 0 Labels :


Rasanya dah pernah buat entry nie dulu, tapi nak buat sekali lagi. Sebab eh, payah sangat nak cari keje skang nie. Nak kata memilih, tak jugak. Wanie tak pernah pilih kerja Wanie. Maybe sebab kawasan rumah Wanie nie kampung, so tak banyak peluang pekerjaan yang ada. Nak cerita pasal keje, Wanie pernah kerja macam-macam bidang. Buat masa nie, Wanie dah pernah keje dalam 4 bidang yang berlainan. Ye ke? Wanie pon tak tahu.

First time Wanie menjejakkan diri ke alam pekerjaan ialah masa Wanie habis belajar dekat ILP. Bila habis jer LI, Wanie terus keje dekat kedai komputer dekat kawasan rumah Wanie kat Jitra tuh. Sebab dulu kitorg tinggal kat Jitra. Nam Tokey kedai tue Kak Nurul. Best keje situ, maybe sebab kena dengan kos Wanie. Tak banyak keje sangat sebab Kak Nurul nie, main shop dia ialah CC. So, repair-repair komputer adalah tak banyak. Keje Wanie senang, jaga kedai, tengok customer, jaga orang print, menaip, photostat dan sebagainya. Amat fun keje kat situ. Tambah pulak boleh main dengan anak-anak dia. Anak dia ada 2 orang, Aleeya & Najma. Sekarang dah masuk 3 tapi Wanie tak sempat tengok sebab dah pindah sini.

Wanie berenti keje dekat kedai Kak Nurul sebab Wanie nak cari keje dalam bidang lain pulak. Cari punya cari, Wanie dapat keje kat Chin Hin Jitra. Tahu tak kedai apa? Ha! Tak tahu. Kedai jual motor la. Dekat sini Wanie jadi Installment Officer. Wanie jadi kerani yang jaga duit ansuran motor tue lah. So, tiap hari keje Wanie tunggu orang mai bayar duit motor. Kalau takde orang mai bayar, Wanie kena telefon diorg gtau jumlah-jumlah diorg kena bayar. Selalu yang tak bayar sampai 5-6 bulan tue yang kena telefon. Kalau yang tiap-tiap bulan mai bayar tue, nak mampos kau. Dah diorg bayar nak telefon lagi. Silap hari bulan kena serang den. Keje sini pon ok. Akak yang ketua Wanie tue baik, Masa mula-mula Wanie keje, Wanie selalu buat salah, tapi dia tak marah. Dia tegur elok jer. Boss besar jer yang garang. Takut wooo.

Bila dah bosan keje Chin Hin, Wanie mintak keje lain pula iaitu cashier. Ramai org cakap keje cashier nie biasa jer. Ada setengah org yang malu nak keje cashier. But, bagi Wanie keje cashier nie sangat mencabar. Ye la, mana tahu ada yang terkira silap, terambil duit customer lebih, terbagi balance lebih dan semua yang ada "ter" amatlah takut. Kang bila nak balik, kira-kira tak balance pulak. Dah potong duit gaji sendiri. So, keje nie memerlukan penelitian yang teramat sangat okay. Oh, lupa nak bagi tahu yang Wanie keje cashier nie dekat Yawata. Best jugak lah keje sini. Tapi Wanie keje sat jer sebab Wanie pindah balik Padang Serai. Rumah Wanie dok skang nie.

Masa kt Padang Serai nie, Wanie pernah keje dekat kedai lesen memandu. Wanie jadi kerani jer la. Bukan Wanie ajar orang bawak kete. Wanie bawak kete pon terhegeh-hegeh, nak ajar orang pulak. jangan harap. Keje wanie adalah duduk termenung dalam kedai. Choiii, takde lah. Wanie tunggu orang mai bayar duit nak belajar kete atau duit insuran. Itu jer keje Wanie hari-hari. Jadi Wanie terasa amtlah bosan bila keje situ. Sebenarnnya keje dia best sebab tak payah buat keje pon. Tapi, boring lah kalau pegi keje tak buat keje kan. Wanie pon berenti.

Sekarang nie Wanie tengah mencari keje dan amat memerlukan keje. Rasa macam dah lama dok rumah saja. Teringin nak pegi keje pulak. Tapi kat kawasan nie tak berapa nak ada keje. Nak pegi jauh-jauh kang tak tahu Emak bagi ke tak. So, Wanie cari kot dekat-dekat nie dulu. Harap-harap sangat boleh dapat keje bulan 2 nie. In Sha Allah. Doakan Wanie tau. Anyeong!!!



No comments:

Post a Comment