Saturday, July 6, 2013

FRIEND

Author : Hazwani Hassan Time : 5:16:00 PM Comments : 0 Labels :












I MISS ALL OF YOU, MY FRIEND. BUT, I'M SCARED TO KNOW HOW ALL OF YOU FEEL.







Monday, July 1, 2013

Kenduri Kakak

Author : Hazwani Hassan Time : 1:51:00 PM Comments : 0 Labels :

Ya Allah, tak tahu la kenapa tapi rasa malas sangat nak update 2 3 minggu nie. Hari nie gagahkan jugak diri ini supaya mengupdate. Wanie tak nak biar belog nie tertinggal lama-lama mcm dulu. Hope sangat Wanie rajin update lepas nie. Okey, hari nie nak update pasal kenduri kakak. Walaupun sebulan dah berlalu, tetap jugak kena update.

- 24 Mei 2013 –

Disebabkan kenduri kakak kitorg buat dekat Jitra, makanya kitorg kena balik rumah abah dulu dekat Bukit Kayu Hitam. Sebenarnya kitorg nak balik petang Khamis lepas ambik Si Kurus & Si Kecik balik sekolah. Tetapi ada masalah yang tak dapat dielakkan. Jadi kitorg bertolak pagi Jumaat. Kitorg bertolak dalam pukul 7.00 cam tue lah. Singgah kedai beli nasi lemak dan kuih, lepas tue terus balik rumah abah.

Kitorg sampai rumah abah dalam pukul 10 mcm tue. Nak pergi Bukit Kayu Hitam dari Kulim takdelah jauh sangat. 2 jam jer. Lagipon, kitorg dah biasa pergi balik rumah abah. Takde rasa lama sangat duduk dalam kereta. Wanie tak drive, sebab Si Tinggi yang drive. Wanie sekarang nie kalau pergi mana2 dengan Si Tinggi, confirm lah dia yang bawak kereta. Wanie jadi bos kat belakang. Kekeke…

Kitorang tak buat apa sangat bila sampai dekat rumah abah. Sebab semuanya takde lagi. Kuih tak sampai lagi, kerepek pulak tunggu kakak balik baru packing, telur lagi awal kalau nak rebus pon. So, hari 24 nie kitorg makan dan tidur jer.

- 25 – 26 Mei 2013 –

Hari nie pon kitorg tak buat apa sangat. Tapi Wanie kena siapkan bunga telur yang Wanie buat daripada tisu tue. Lepas tue kena susun dalam bekas dia. Susun nie pon berapa kali ntah Wanie susun. Bebudak nie kalau masuk bilik mesti langgar bunga nie. Bila dah jatuh diorg lari keluar pada bilik. Geram betul Wanie.

- 27 Mei 2013 –

Hari nie, adik emak yg tinggal kat Jerlun datang rumah Wanie. Dia datang unuk tolong buat kerja walaupun sebenarnya kerja takde lagi. Dia datang dengan anak dia jer sebab suami dia kerja. Hari nie pon tak buat apa sangat. Kitorg sembang-sembang jer sebab Makcik sampai pon dah petang. Takde lah nak kena masak atau buat apa2.

- 28 Mei 2013 –

Hari nie kuih yang abah pesan dah sampai. Abah pesan kuih bahulu dan kuih bakar dari anak buah abah. Mak dia yang buat kuih nie. So, bila dah sampai kuih, terus kitorg mulakan kerja membungkus. Nak kata penat, tak berapa penat sangat kot sebab pekerja ramai. Kekeke. Adik-adik Wanie semuanya rajin nak menolong. Alhamdulillah sangat.

Ha! Hari nie jugaklah pengantin balik dari KL. Kakak pergi ambik tok dulu dekat perak, lepas tue baru balik bukit. Kakak bawak balik bnyak benda. Kerepek 4 bungkus besar, kotak bunga telur, paper bag utk vip dan etc. Memang makin bertambah lah kerja kitorg. Kerja membungkus tadi pon belum selesai lagi, dah tambah lagi barang nak kena bungkus. Tapi takpe, Wanie ikhlas tolong. Nanti Wanie kahwin, kakak kena tolong Wanie pulak. Kekeke.

Time nie, mak dengan abah takda. Keluar pergi beli telur dengan pergi rumah sape ntah. Dah lupa. Wanie pulak petang tue, pergi rumah kawan Wanie. Dekat situ jugak. Ya Allahuakhbar, lama sungguh Wanie tak jumpa Mira nie. Last jumpa masa kitorg habis darjah 6. Lepas tue Wanie masuk sekolah asrama tapi Mira tak. Lepas pada tue terus tak jumpa. Tapi kitorg tak pernah lost contact. Wanie pergi rumah dia sebab nak ajak makan kenduri. Sebenarnya abah Wanie kawan baik abah Mira. Kitorang sekampung. Tok Wanie pon kenal tok Mira. Tapi abah tak tahu rumah dia, jadi Wanie yg kena pergi jemput makan kenduri.

- 29 Mei 2013 –

Hari nie paling sibuk sekali sebab nak kena rebus telur. Bila dah rebus kena masukkan dalam kotak dan terus masuk dalam paper bag and seal. Memang bnyk bnda nak kena buat. Kotak bunga telur tak buat lagi. Wanie dah beli yg jenis kain kantung tue, tapi kakak nak guna kotak. Wanie pon malas nak panjang2 terus ambik beg pergi C-mart. Ha! Mcm mana tue? Nak lari dari buat kerja la tue.

Sebenarnya tak, Wanie pergi C-Mart sebab dah beli barang. Wanie pergi beli pembalut buku dengan kertas warna sebab nak balut batang pisang untuk letak anak panah nanti. Balik dari C-mart terus sambung buat kerja balik. Dengan kepala pening macam nak pecah, Wanie buat jugak kerja bagi siap.

Malam tue pulak, kitorg kena pergi dewan sebab org nak pasang pelamin. Wanie pergi jugak sebab mak angkat Wanie aka MakTeh nak bagi bunga telur. Lagipun Wanie kena hantar makcik balik. Tapi tak lah hantar sampai Jerlun, suami dia datang ambik dan diorg tidur dekat rumah tok diorg dekat malau. Dekat sangat dengan dewan yg kitorg buat knduri tue. Wanie tak tunggu sampai org buat pelamin datang. Lepas MakTeh datang hantar bunga telur, Wanie terus balik. Sebab dekat rumah banyak lagi benda kena buat. Barang dalam paper bag isi tak habis lagi. Telur pon ada lagi yg tak letak dekat bunga telur. So, Wanie balik dulu sebelum kakak dan Si Tinggi balik.

- 30 Mei 2013 –

Disebabkan semalam tak sempat nak iron baju, bangun pagi nie baru kelam kabut nak iron. Tapi takpe, sebab Wanie expert dalam bab-bab iron nie. Ini dah memang kerja Wanie sejak azali lagi. Kekeke. Kakak pergi dulu dengan Si Kurus & Si Gemuk naik kereta dia. Lepas tue baru abah, emak, Si Tinggi & Si kecik pergi. Wanie pulak pergi last sekali dengan Tok & sepupu Wanie. Kenapa Wanie pergi last? Sebab Wanie mandi paling lambat sekali. Kan Wanie kena iron baju dulu.

Waktu kitorg pergi nie, baru pukul 9 pg. Kitorg makan pon tak, terus pergi dewan. Tok ada masak nasik goreng, tapi tak sempat nak makan. Bila dah sampai dewan, mak Tanya apesal tak tapau nasi goreng. Ha! Baru teringat emak ku sayang. Terus menyesal sebab tak bawak bekal. Waktu wanie sampai nie, meja makan semua dah siap. Pelamin pon dah siap. Cantik sangat. Alhamdulillah. Abah & adik-adik pula pergi makan roti canai dekat kedai. Tinggal yg perempuan jerk at dewan. Kekeke.

Tak lama lepas tue, adik-beradik Wanie dah mula datang. Boleh kata ramai jugak la sedara Wanie yg sampai. Wanie takut sebenarnya masa abah cakap nak buat kenduri dekat JItra. Wanie takut sedara-sedara Wanie tak boleh datang. Sebab kebanyakkan kitorg tinggal dekat Kulim, Sungai Petani & Perak. Tapi Alhamdulillah, sampai jugak diorang kat kenduri nie.

Mak andam yg mekap kakak kitorg panggil Mak Ngah. Mak ngah datang dalam pukul 10 lebih macam tue, sebab dia tunggu anak sedara dia pergi ambik. Kalau tak dia memang nak datang awal lagi. Bila dak siap mekap, diorg cakap ahli keluarga boleh makan dulu, sebab makanan semua dah siap. Kalau nanti org nak datang, memang tak sempat la nak makan.

Wanie tak makan pun. Tak tahu kenapa, tapi memang tak rasa lapar pon waktu tue. Abah dengan mak pon tak makan rasanya. Keluarga belah lelaki sampai pukul 12.30. diorg datang naik bas. Satu bas tue penuh dengan adik-beradik diorg. Sampai jer terus jalan naik pentas. Sebab eh, pelamin buat atas pentas. Time nie diorg tengah ambik gambar jer. Wanie still duduk dekat luar sambut tetamu dengan mak. Waktu nie dah ramai org datang.

Dalam pukul 2 petang, pihak lelaki dah nak balik. Tapi abang ipar Wanie tak balik. Dia tidur rumah Wanie malam tue. Lepas keluarga diorg balik, kakak dengan abang pergi tangkap gambar dekat pokok mana ntah tepi dewan tue. Buat gaya-gaya bollywood bagai. Lawak pon ada gak bila tengok, tapi bila tengok gambar Nampak cantik sangat.

Dalam pukul 6 macam tue, majlis selesai. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Cuaca pon okey, cerah jer. Tapi bila dah selesai majlis, hujan turun lebat. Hujan rahmat. Wanie bersyukur semuanya dah selesai. Sebelum Wanie balik rumah, Wanie pergi hantar nasik dekat rumah mak teh. Wanie bagi pada jiran dia sama. Jiran dia kata nak datang sebenarnya tapi dia jatuh motor 2 3 hari sebelum tue. Nak jalan pon tak boleh. Tue yg Wanie pergi hantar nasik dekat dia.

Lepas dah habis semua, kitorg pon balik rumah. Balik tue baru Wanie makan nasik. Tapi betul, memang Wanie tak rasa lapar pon. Kekeke. Wanie tunjuk gambar sikit okay..








Wanie letak sikit jer la ye. Wanie malas nak letak watermark tue sebenarnya. Kekeke. Dalam masa yg sama Wanie tak nak tunjuk gambar nie kat org sangat. Maaf sangat. Majlis hari tue memang meriah. Semua orang happy. Tapi Wanie terkilan sebab kawan-kawan Wanie yg janji nak datang, tapi tak datang. Wanie tunggun sampai petang, mesej pon diorang tak hantar. Huhuhu. Tapi takpe, Wanie paham. Mungkin diorg ada kerja. 

P/S : selesai jugak update pasal kenduri kahwin kakak nie. Wanie puasa hari nie. Alhamdulillah...