Sunday, May 19, 2013

Wedding Kakak

Author : Hazwani Hassan Time : 8:05:00 PM Comments : 0 Labels :

Tinggal lebih kurang 2 minggu jer lagi untuk kenduri kakak. Alhamdulillah, rasanya semua persiapan dah siap. Ahad lepas Wanie dah shopping sakan. Berbekalkan duit elaun yang Encik Abah bagi, Wanie beli kasut, tudung untuk Wanie, Si Kecik dan untuk Emak. Sebenarnya ada lagi benda nak beli, tapi duit dah tak berapa nak ada. Nanti nak try manja-manja dengan Puan Emak. Mana tahu dapat habuan sikit. Rasanya dah bagi tahu kan tema kenduri Kakak nie. Kalau dah lupa, meh nak habaq sekali lagi meh...

Actually, kakak nak buat biru purple sebenarnya. Tapi, baju pengantin untuk warna tue takde. Kalau nak juga kena tempah, tapi mahal la pulak kan. So, kakak ambik keputusan utk ambik baju yg dah siap dah. Dan warnanya adalah pink turquoise. Dah ramai org buat biru pink kan. Wanie x berapa nak berkenan sangat. Tapi bukan kenduri Wanie pon, biarlah dia nak warna apa pun kan.

So, baju kami sekeluarga adalah biru turqoise. En. Abah tak nak pakai pink, jadi semua org terpaksa pakai biru. Tudung pulak, Wanie nak try pakai half moon. Actually, Wanie nak cari selendang sebab Wanie amat suka selendang. Wanie cari and cari and cari, habis satu Pekan Ahad and Kedai dekat padang serai nie Wanie pergi, tapi tak jumpa pun selendang. Pn. Emak cakap, "Eh, org tak pakai selendang dah kot sekarang nie. Kamu tue ketinggalan zaman." Terus sentap. Terus beli half moon.

Half moon yang Wanie ambik nie takde manik kat atas kepala. Wanie minta tolong kawan Emak jahitkan manik atas kepala. Tak tahu la jadi macam mana. Sebab tak siap lagi. Harap-harap cantik. Hermm, lepas tue, nak cite apa lagi ek? Ha, barang-barang untuk door gift semua dah tempah. Tapi tak sampai lagi la. Nanti diorg antar terus dekat rumah Abah. Kitorg pulak, hari Khamis nie baru nak bertolak pergi rumah Abah. Tapi, kitorg kena pergi ambik Si Kurus dan Si Kecik balik sekolah dulu. Pastu, terus balik rumah Abah. 

Sekarang nie Wanie tengah cari kedai untuk tempah kek pengantin. Tak tahu lah dekat Jitra nak tempah kat mana. Emak kata nak tempah dekat Resepi Rahsia. Tapi kang mahal sangat pulak. Kitorang nie pun bukanlah orang yang berada. Wanie nak kek biasa-biasa jer. Tapi tak tahu lah kat mana nak beli. Nanti nk kena tanya Mak Teh tengok.

Hermm. Itulah serba sedikit perkembangan tentang kenduri Kakak nanti. Lepas kenduri nanti lagi banyak nak cerita. Okey lah. Bye. Salam...





No comments:

Post a Comment