Wednesday, May 22, 2013

TUMBLR & GIF

Author : Hazwani Hassan Time : 8:30:00 AM Comments : 0 Labels :
Jangan mengaku kamu peminat K-POP kalau kamu tak tahu apa itu tumblr. Dekat tumblr nie lah selalu diorg upload gambar atau gif. Wanie suka sangat dekat tumblr nie. Macam-macam gambar boleh tengok. Macam-macam gif ada. Suka I tau. Wanie pun ada Tumblr jugak, tapi Wanie takdelah nak upload gambar atau gif tue. Wanie just reblog or likes jer.
So, disebabkan Wanie dah lama guna Tumblr, teringin jugak lah nak buat gif. Nampak best jer bila org buat gif. Budak-budak sekarang semua pandai-pandai belaka. Yg pandai edit blog ade, yg pandai edit Tumblr ade. Yang pandai edit gambar? Tak payah cakap lah, beratusssss ade. Haih, diorang nie belajar kat mane yer? Semua tahu. Wanie yang belajar kos komputer nie pun tak tahu banyak macam diorg. Tapi jangan salahkan Wanie, sebab Wanie ambik Sistem. So, Wanie hanya tahu masalah dalam perut CPU tue jer. Edit-edit ni tak main ler, Semua keja pompuan. *Abes kamu tu ape Wanie oiii* Kekeke... Lariksss
  
Disebabkan gigih sangat nak buat Gif, Wanie pun cari lah dalam Google macam mana nak buat gif nie. Ingat nk guna photoshop, tapi laptop nie pehal ntah, nak Install photoshop tak boleh. Jadi, Wanie guna GIMP. GIMP pon hokei, simple & x serabut sangat. Wanie ambil masa tak lama sangat, mungkin sebab Wanie Fast-learner *masuk lift tekan sendiri nampak*, bila Wanie tengok cara dia, Wanie dah boleh agak buat macam mana.
Bila dah tau cara nak membuatnya, terus download video yg nak buat gif tue. Ha, salah satu sebab kenapa Wanie nak belajar buat gif adalah kerana, Wanie ada suka 1 part dalam video nie, memang lawak giler part tue, tapi mungkin Wanie sorang jer yang rasa lawak kot, Wanie cari dalam tumblr takde pun org buat gif utk part tue. Itu pasal yang belajar buat gif tue. Bila dah tahu terus buat dan...
Tada!!!!




5 gif nie lah gif pertama yang Wanie buat. Okay tak? Bagi Wanie, okaylah sebab first time buat. Bila dah siap Wanie try upload dalam Tumblr. Tak sangka ada jugak org yang likes dan reblog gif ntah pape nie. But, seriously, bagi Wanie, part nie memang lawak. Wanie ulang banyak kali sebab terlalu lawak. kekeke....

nampak tak ade org likes. walaupun sikit...
Sekarang nie adelah lebih kurang 10-20 gif yang Wanie dah buat. Tapi malu nak letak sini. Nanti bila Wanie dah terror, Wanie letak sini banyak-banyak, hokeh.

P/S : Tak dapat digambarkan betapa gembiranya Wanie dengar lagu baru VIXX. MV dia pulak sangat mantap. Nasib baik dulu Wanie pernah belajar pasal Dr. Jekyll and Mr. Hyde. Kalau tak, confirm tak paham maksud lagu dia.






No comments:

Post a Comment