Wednesday, May 22, 2013

VIXX Ravi & KEN - Wish You To Be UnHappy

Author : Hazwani Hassan Time : 4:49:00 PM Comments : 0 Labels :


Wanie suka sangat lagu yang diorang nyanyi nie. Suara Ravi memang masuk sangat dengan suara KEN. Wanie suka suara Ken, walaupun sebenarnya bias Wanie adalah N. Suara Ken, kalau malam-malam dengar rasa sayu jer. Tak tahu lah kenape. Huhuhu...


산이 San E - 불행했음 좋겠다 Wish You To Be Unhappy (Feat. Bee Of Rphabet)


Lagu tue sebenarnya lagu diorang nie. Ken & Ravi buat cover jer. Tapi Wanie still suka yang Ken and Ravi nyanyi drpd artis sebenar.



TUMBLR & GIF

Author : Hazwani Hassan Time : 8:30:00 AM Comments : 0 Labels :
Jangan mengaku kamu peminat K-POP kalau kamu tak tahu apa itu tumblr. Dekat tumblr nie lah selalu diorg upload gambar atau gif. Wanie suka sangat dekat tumblr nie. Macam-macam gambar boleh tengok. Macam-macam gif ada. Suka I tau. Wanie pun ada Tumblr jugak, tapi Wanie takdelah nak upload gambar atau gif tue. Wanie just reblog or likes jer.
So, disebabkan Wanie dah lama guna Tumblr, teringin jugak lah nak buat gif. Nampak best jer bila org buat gif. Budak-budak sekarang semua pandai-pandai belaka. Yg pandai edit blog ade, yg pandai edit Tumblr ade. Yang pandai edit gambar? Tak payah cakap lah, beratusssss ade. Haih, diorang nie belajar kat mane yer? Semua tahu. Wanie yang belajar kos komputer nie pun tak tahu banyak macam diorg. Tapi jangan salahkan Wanie, sebab Wanie ambik Sistem. So, Wanie hanya tahu masalah dalam perut CPU tue jer. Edit-edit ni tak main ler, Semua keja pompuan. *Abes kamu tu ape Wanie oiii* Kekeke... Lariksss
  
Disebabkan gigih sangat nak buat Gif, Wanie pun cari lah dalam Google macam mana nak buat gif nie. Ingat nk guna photoshop, tapi laptop nie pehal ntah, nak Install photoshop tak boleh. Jadi, Wanie guna GIMP. GIMP pon hokei, simple & x serabut sangat. Wanie ambil masa tak lama sangat, mungkin sebab Wanie Fast-learner *masuk lift tekan sendiri nampak*, bila Wanie tengok cara dia, Wanie dah boleh agak buat macam mana.
Bila dah tau cara nak membuatnya, terus download video yg nak buat gif tue. Ha, salah satu sebab kenapa Wanie nak belajar buat gif adalah kerana, Wanie ada suka 1 part dalam video nie, memang lawak giler part tue, tapi mungkin Wanie sorang jer yang rasa lawak kot, Wanie cari dalam tumblr takde pun org buat gif utk part tue. Itu pasal yang belajar buat gif tue. Bila dah tahu terus buat dan...
Tada!!!!




5 gif nie lah gif pertama yang Wanie buat. Okay tak? Bagi Wanie, okaylah sebab first time buat. Bila dah siap Wanie try upload dalam Tumblr. Tak sangka ada jugak org yang likes dan reblog gif ntah pape nie. But, seriously, bagi Wanie, part nie memang lawak. Wanie ulang banyak kali sebab terlalu lawak. kekeke....

nampak tak ade org likes. walaupun sikit...
Sekarang nie adelah lebih kurang 10-20 gif yang Wanie dah buat. Tapi malu nak letak sini. Nanti bila Wanie dah terror, Wanie letak sini banyak-banyak, hokeh.

P/S : Tak dapat digambarkan betapa gembiranya Wanie dengar lagu baru VIXX. MV dia pulak sangat mantap. Nasib baik dulu Wanie pernah belajar pasal Dr. Jekyll and Mr. Hyde. Kalau tak, confirm tak paham maksud lagu dia.






Monday, May 20, 2013

Ottokaji....

Author : Hazwani Hassan Time : 3:39:00 PM Comments : 0 Labels :

2 3 hari nie kan, Wanie rasa happy sangat. Bukan happy sebab nak kawen ke, atau dapat anugerah ke, atau menang loteri ke. Wooppp! Tue dah melebih. Bukan happy sebab tue. Actually, Wanie happy sebab nie...


Waa... Dulu Wanie sikit pun tak pandang diorg nie. Siap cakap "Ape ke pelik nama kumpulan diorg nie, VIXX. Lagu pun biasa jer." Nah, sekarang nie, tiap kali on laptop, video diorg nie la Wanie cari dulu. Tak sangka wooo, yang diorg nie suma kelakar and lawak habis. Tambah-tambah si N, Ken & Ravi. Diorg 3 org nie la yg selalu buat Wanie gelak sorg-sorg. Aigooo.

Oklah, diorg nie sebenarnya kumpulan VIXX. Debut pada 24th May 2012 dengan lagu Super Hero. Honestly, Wanie cakap lagu diorg yang pertama dan yang kedua tak berapa best. Tapi, bila kali ke-3 diorg buat comeback, terus terpikat walaupun memula tue tak berapa nak suka gak. 


Kumpulan nie ada 6 orang ahli. N- Leader & Main dancer, Leo - Main vocal, Ken - Main vocal, Ravi - Rapper, Hongbin - Vocal & Visual dan Hyuk - Maknae & Lead dancer. Bias Wanie ialah Cha Hakyeon iaitu si N. Si N nie, kalau tak buat org gelak memang tak sah. setiap benda yang dia cakap mesti ada lawaknya.

MAKNAE HYUK
LEADER N
RAPPER RAVI
VISUAL HONGBIN
MAIN VOCAL KEN 
MAIN VOCAL LEO

Tak tahu la kenapa Wanie rasa sayang sangat dekat diorg nie. They are too precious for me. Nak bagitahu, hari ni diorg nak comeback lagi. Untuk mini album yg ke-4. Hope lagu diorg boleh dapat no 1. 
N-YEONG



Sunday, May 19, 2013

Wedding Kakak

Author : Hazwani Hassan Time : 8:05:00 PM Comments : 0 Labels :

Tinggal lebih kurang 2 minggu jer lagi untuk kenduri kakak. Alhamdulillah, rasanya semua persiapan dah siap. Ahad lepas Wanie dah shopping sakan. Berbekalkan duit elaun yang Encik Abah bagi, Wanie beli kasut, tudung untuk Wanie, Si Kecik dan untuk Emak. Sebenarnya ada lagi benda nak beli, tapi duit dah tak berapa nak ada. Nanti nak try manja-manja dengan Puan Emak. Mana tahu dapat habuan sikit. Rasanya dah bagi tahu kan tema kenduri Kakak nie. Kalau dah lupa, meh nak habaq sekali lagi meh...

Actually, kakak nak buat biru purple sebenarnya. Tapi, baju pengantin untuk warna tue takde. Kalau nak juga kena tempah, tapi mahal la pulak kan. So, kakak ambik keputusan utk ambik baju yg dah siap dah. Dan warnanya adalah pink turquoise. Dah ramai org buat biru pink kan. Wanie x berapa nak berkenan sangat. Tapi bukan kenduri Wanie pon, biarlah dia nak warna apa pun kan.

So, baju kami sekeluarga adalah biru turqoise. En. Abah tak nak pakai pink, jadi semua org terpaksa pakai biru. Tudung pulak, Wanie nak try pakai half moon. Actually, Wanie nak cari selendang sebab Wanie amat suka selendang. Wanie cari and cari and cari, habis satu Pekan Ahad and Kedai dekat padang serai nie Wanie pergi, tapi tak jumpa pun selendang. Pn. Emak cakap, "Eh, org tak pakai selendang dah kot sekarang nie. Kamu tue ketinggalan zaman." Terus sentap. Terus beli half moon.

Half moon yang Wanie ambik nie takde manik kat atas kepala. Wanie minta tolong kawan Emak jahitkan manik atas kepala. Tak tahu la jadi macam mana. Sebab tak siap lagi. Harap-harap cantik. Hermm, lepas tue, nak cite apa lagi ek? Ha, barang-barang untuk door gift semua dah tempah. Tapi tak sampai lagi la. Nanti diorg antar terus dekat rumah Abah. Kitorg pulak, hari Khamis nie baru nak bertolak pergi rumah Abah. Tapi, kitorg kena pergi ambik Si Kurus dan Si Kecik balik sekolah dulu. Pastu, terus balik rumah Abah. 

Sekarang nie Wanie tengah cari kedai untuk tempah kek pengantin. Tak tahu lah dekat Jitra nak tempah kat mana. Emak kata nak tempah dekat Resepi Rahsia. Tapi kang mahal sangat pulak. Kitorang nie pun bukanlah orang yang berada. Wanie nak kek biasa-biasa jer. Tapi tak tahu lah kat mana nak beli. Nanti nk kena tanya Mak Teh tengok.

Hermm. Itulah serba sedikit perkembangan tentang kenduri Kakak nanti. Lepas kenduri nanti lagi banyak nak cerita. Okey lah. Bye. Salam...