Saturday, March 9, 2013

Ibu Angkat

Author : Hazwani Hassan Time : 10:00:00 AM Comments : 1 Labels :

Kengkawan ada ibu angkat tak? Alhamdulillah, Wanie bersyukur kerana dikurniakan seorang lagi ibu yang amat menyayangi Wanie. Tapi Wanie takde lah diangkat oleh ibu nie dari kecik. Wanie kenal Makteh bila Wanie dah besar. Macamana Wanie boleh kenal dengan Makteh? Ceritanya bermula 10 tahun yang lalu....

Rindunyer sekolah nie.....

Ha! Saspen tak? Kekeke. Ceritanya begini. Disebabkan Wanie bernasib baik dalam UPSR, Wanie telah diterima masuk ke sekolah berasrama iaitu SEK. MEN. KEB. JITRA. So, masa From1, Wanie dah dok jauh dengan Emak. Huhuhu.. Tiap-tiap hari nangis call Emak, cakap nak balik. Guna public phone pulok tuh. Dasar tak malu nangis kat public. Tapi takde lah nangis teresak-esak. Nangis sikit-sikit jer, kalau ada air mata nak jatuh, terus cepat-cepat kesat ha.. Tapi, tak lama lepas tue, Wanie dah boleh tima kehidupan di asrama. Peraturan asrama sekolah Wanie biasa jer, takdelah ketat & takdelah longgar. Memang adil dan saksama. Yang penting, handphone tak boleh bawak. Tapi tahun tue, bebudak mana ada phone lagi nak bawak. Sekarang nie, pegi sekolah pon boleh tweet-tweet lagi. Kekadang tue Wanie pelik, diorang nie pegi sekolah ke idok. Kekeke.

So, siapa Makteh? Cikgu? Salah. Warden? Salah. Kerani? Salah jugak. Okay okay, Wanie gtau. Makteh sebenarnya pekerja dewan makan asrama Wanie. So, setiap kali nak makan Wanie akan bertembung dengan Makteh. Sebab Makteh yang akan cedokkan lauk utk kitorang. Wanie masa kat sekolah sangatlah ramah. Dengan pekerja dewan makan Wanie sembang, dengan pakcik guard Wanie sembang, dengan pekerja kantin Wanie sembang, dengan semua orang Wanie baik. Eh, Wanie tak memilih okay. Ada setengah bebudak kat asrama nie, sombong. Dengan pekerja dewan makan, alahai muka tak pernah manis. Dengan pakcik guard tak payah cakap la, boleh main tengking-tengking lagi. Diorang tak tahu, pakcik & makcik nie lah yang jaga makan minum & keselamatan kitorg waktu kitorg tinggal kt asrama. Apa salahnya kalau kita berbaik, tak nak sembang senyum pon dah cukup.

Macamana boleh kenal Makteh? Sebenarnya, Wanie kalau ambil nasi dan lauk, Wanie tak akan sembang. Sebab ramai lagi yang tengah beratur kat belakang. So, bila Makteh cedokkan lauk, Wanie akan senyum dan ucap terima kasih. Wanie tak tahu macamana dengan kengkawan Wanie. Tapi ada 1 hari tue, masa time makan tengahari, Wanie waktu Form1 sekolah sesi petang jadi Wanie makan tengahari pukul 11 pg. Wanie ingat lagi hari tue kitorg makan nasi tomato. Bila sampai dekat kaunter, Makteh tengok kat Wanie dan sambil senyum-senyum Makteh cakap "Adik nie selalu senyum, meh Makteh bagi ayam besar." Wanie pon, errmm, macam terkejut la jugak kan. Tapi best Wanie dapat ayam besar. Hari tue lah, hari pertama Makteh tegur Wanie. 

Bila dah lama kenal, Makteh dah tahu nama Wanie, kitorang jadik rapat. Sampai 1 masa tue, Makteh cakap dekat Wanie "nie Emak, panggil Emak tau nanti" Makteh cakap sambil bagi lauk ayam besar lagi. Wanie time nie dah rasa lain macam. Yerlah, time nie baru Form1, bila sebut Emak, mesti rasa syahdu lebih. Kekeke. Tapi Wanie tak panggil Emak lagi. Wanie pelik lah, apesal nak kena panggil Emak pulak, dah elok-elok panggil Makteh. Lepas kejadian tue, Wanie macam tak berapa nak ramah sangat dengan makteh. Maybe sebab Wanie terkezut kot. Bila Wanie balik rumah minggu tue, Wanie cita kat Puan Emak. Puan Emak cakap "takpelah kalau macam tue, panggil jer la mak" Okay, fine. Wanie tak nak Puan Emak rasa apa-apa bila Wanie panggil Emak kt Makteh. Rasa macam menduakan Emak pulok. Wanie tak nak macam tue. Tapi bila Puan Emak dah bagi green light, Wanie pon okay jer.

Best dapat Makteh sebagai emak angkat. Makteh buat macam-macam untuk Wanie. Bila nak makan dapat ayam besar @ lauk banyak, bila jamuan Wanie tak payah beratur, Wanie hulur jer pinggan dari belakang, sekelip mata jer dah sampai depan Wanie. Kekeke. Bila buln puasa lagi best, Makteh tolong kejutkan woo... Bukan naik sampai kat bilik pon, Makteh jerit dari bawah jer. Kekeke. Time nie Wani Form2, bilik Wanie pulak dekat sangat dengan dewan makan, makanya tiap-tiap pagi Makteh yang kejutkan. Bila Makteh yang kjutkan, kitorang akan bangun awal dari org lain. So, tak payah lah nak berebut bilik air sangat. Time berbuka pulak, Makteh kekadang belikan Wanie roti john, kuih dan sebagainya. Kekeke. Untung tak?

Tapi, bila Wani Form4, Makteh dah berenti keja. Makteh cakap nak uruskan keluarganya pulak. Sebab Makteh dah kerja lama. Anak makteh dulu pon sekolah Wanie. Makteh ada 5 org anak. Kurang seorg drpd adik beradik Wanie. Suami Makteh technician kapal terbang. So, bila anak dah besar & dah keja, Makteh ambik keputusan utk berhenti. Maybe sebab anak-anak dah boleh suppot Makteh. Wanie cam sedih gak memula. Tapi lepas tue takpela. Nak buat macam mana, Wanie kena teruskan belajar jugak. Wanie pernah pegi rumah Makteh masa Wanie Form5. Wanie pegi tidur sana sebab Emak & Abah Wanie takde time nie. Family Wanie pegi hantar Akak Wanie dekat Politeknik Merlimau Melaka. Nie first time Wanie pegi rumah Makteh. Malu? Of course lah. Segan sangat. Kikiki. Tapi takpe, family Makteh dah tahu siapa Wanie. Semuanya terima Wanie seadanya.

Bila Makteh berenti keja, kekadang ada jugak Makteh datang tengok Wanie kat asrama. Hari jumaat sabtu bila kitorg tak boleh balik rumah, Makteh akan datang. Kekadang bawak makanan, kekadang bawak roti. Aigoo, bahagianya hidup nie. Kekeke. Setiap masa ada orang melawat. Rumah Makteh dekat jer dengan sekolah Wanie, so tak menjadi masalah utk Makteh datang he sekolah. Tambahan pulak, Makteh boleh drive sendiri. Senang kerja. Hubungan Wanie dengan Makteh tak terputus walaupun Makteh dah  berenti keja & Wanie dah habis sekolah. Kekadang Wanie ada jugak pergi rumah Makteh. Time raya atau time kenduri. Dulu, kalau nak pergi payah. kejap-kejap kena ajak Abah. Sekarang senang, kalau nak pergi terus jer drive sendiri. Tapi sekarang nie pon dah payah sebab Wanie dok jauh. Wanie dekat kulim dan Makteh masih di Jitra..

Tahun nie dah 2013, kiranya dah 10 tahun Wanie kenal Makteh. Alhamdulillah, Wanie amat menyayangi Makteh macam Wanie sayang Puan Emak. Kedua-duanya adalah ibu yang sayang prihatin dan mengambil berat. Ermm...Nak tahu kenapa Wanie buat entry nie? 2 3 hari yang lepas, Wanie ada sms Makteh. Makteh bagitahu yang beliau risaukan anaknya, Aizat. Aizat sekarang ada dekat Lahad Datu. Dia sekarang tengah standby. Wanie tahu Makteh sangat risau. Tapi Wanie hanya boleh doakan keselamatannya. In Sha Allah semua ini akan berakhir tak lama lagi.

P/S : Pray for Lahad Datu....




1 comment: