Saturday, March 2, 2013

A Werewolf Boy

Author : Hazwani Hassan Time : 10:00:00 AM Comments : 0 Labels :
Suni & ChulSoo
 
Akhirnya, dapat jugak Wanie nonton cita A Werewolf Boy. Sebenarnya cita nie release dari tahun lepas lagi. Tapi disebabkan bahasa Korea Wanie masih lembap bagai itik pulang petang, terpaksalah Wanie tunggu orang masukkan subtitle. Dan setelah berapa bulan menunggu, impian Wanie terlaksana. Wanie dapat nonton cita nie semalam. Yang menariknya, Wanie menangis macam orang sakai. Kekeke. Sedih weh cita nie. Kalau tak kuat iman, mohon jangan tengok lah. Boleh terkeluar hidung sebab menangis bagai nak rak.

Actually, citanya taklah sesedih mana pun. Tapi disebabkan Wanie ini orangnya berjiwa sensitive, maka bagi Wanie cita nie sedih. Cita dia pasal budak perempuan nama Kim Suni. Suni pindah dok kat kampong dgn emak & adik dia sebab dia ada penyakit jantung. Lebih kurang macam dia nak hidup dalam ketenangan la. Dekat kampong tue, Suni dok rumah Ji Tae, anak kawan ayah dia. Tapi ayah Suni dah mati. Rasanya, ayah JiTae nie bolot semua harta sampai Suni nie jadi miskin. Suni nie cantik, tapi disebabkan dia sakit, dia hidup sendiri, tak da kawan, tak pandai, tapi dia belagak sikit. Mungkin sebab dia kaya dulu, yang kotor-kotor semua tak mahu pegang. Cis! Tak padan dgn sakit. Kekeke.

Cita dia bermula malam pertama family dia tido kat rumah tue. Suni rasa mcm ada org dok intai dia. Dia kejutkan adik dia, tapi adik dia tak bangun. Dia nak kejutkan emak dia, tapi dia kesian sebab emak dia letih angkat barang tadi. Dahla dia satu haram pon tak tolong. So, dia ambik keputusan utk tengok sendiri ada apa dekat luar rumah dia. Dekat sebelah rumah dia tue, ada satu bangsal. Dia masuk tengok dalam tue, dan dia nampak macam ada reksasa dalam tue. Dia pon cabut lariks la. Giler nak tunggu. Kang dimakan dek reksasa, tak pasal mati muda. Huihuihui.

Esoknya, masa dia tgah sidai baju, dia nampak seorg budak laki dekat laman rumah diorg. Budak laki nie la reksasa yang dia nampak semalam. Tapi budak laki nie badan dia sentiasa panas, pastu dia tak boleh baca dan tak boleh cakap. Dia nampak memang macam reksasa. Tapi, mak Suni nie baik. Dia ambik budak laki tue jadik anak angkat dia dan bg dia nama ChulSoo. Emak dia ingat yg ChulSoo nie mungkin anak-anak yatim yang makpak diorg mati time Perang Korea dulu. Ha, lupa nak bagitahu, cita nie bukan zaman 2012-13 tau, cita nie scenenya ialah pada zaman 1965. Emak Wanie pon takde lagik masa nie. So, ChulSoo pon tinggal dgn diorg.

1st time Suni jumpa Chulsoo
lepas bagi mandi and potong rambut
Memula, Suni nie benci ya amat dekat Si ChulSoo nie. Sebab ChulSoo nie pengotor. Time makan jer, habis semua makanan dia makan, org lain jangan harap nak dapat sikit. Tapi, Suni nie tetiba dapat 1 idea utk ajar ChulSoo cara makan yg betul dgn menggunakan teknik mengajar anjing. Suni ajar cara makan, menulis, cakap, gosok gigi dan semua lah. Macam mana seorg manusia hidup, Suni ajar semua tue. Lastly, diorg jadik rapat. ChulSoo sgt setia dengan Suni. Dia selalu ikut Suni tak kira lah ke mana pon Sulni pergi. Memang best moment nie, takde sapa kacau sampailah si JiTae kuang ajo tue dtg. JiTae nie suka dekat Suni, tapi Suni taknak dekat dia, sebab Suni tahu ayah dia bolot semua harta dia. Tue yg Jitae nie mencik sangat dekat ChulSoo.

sesi pembelajaran
bila Chulsoo buat bnda yg bagus, Suni akan usap rambut dia
Ada 1 malam tue. JiTae dtg rumah Suni and nak masuk bilik Suni. Tapi Suni sedar. Dia ajak Jitae sembang dekat luar. ChulSoo memang akan ikut ke mana Suni pergi, tapi malam tue dia menyorok belakang pondok. Suni tahu JiTae bawak samseng jalanan utk belasah ChulSoo, so dia tak bagi ChulSoo dtg dekat dia. Tapi ChulSoo nie geram sebab JiTae tolak Suni smpai jatuh, terus dia bertukar jadi serigala. Time nie semua org terkejut termasuklah Suni. Buat pertama kalinya ChulSoo berubah and lawan samseng jalanan tue. Jitae nie lagi geram lah. Dia panggil polis suruh tangkap ChulSoo tapi Suni tak bagi. So, diorg kurung ChulSoo dalam bangsal tepi rumah Suni tue.

Lepas tue, JiTae nie buat lagi rancangan jahat yang ntah hape-hape ntah. Sampai la 1 masa tue, dia pegang senapang utk tembak ChulSoo. Tapi, Suni ada depan ChulSoo. JiTae marah gila waktu tue. Dia tolak Suni depan ChulSoo and tendang badan Suni. ChulSoo apa lagi, bertukar la. Time nie lagi ramai yang nampak. Emak & adik Suni, polis, Prof yg siasat kes ChulSoo dan org kampong. Time dia nak terkam si JiTae nie dia kena tembak. Tapi tak jadi apa pon, sebab dia kan reksasa. Yang paling Wanie best sekali ialah dia gigit Jitae sampai mati. Ha! Puas hati aku *kata ChulSoo dalam hati*. Lepas tue dia dukung Suni bawak lariks masuk hutan sebab semua org nak tembak dia.

Waktu nie, dah perasan yang Suni nie sukakan ChulSoo. Macam tue jugak ChulSoo. Tapi disebabkan dia tak boleh cakap, maka masing-masing tak tahu perasaan sendiri. Malam tue diorg tido berdua dalam hutan. Esoknya, Suni terjaga bila dgr org panggil nama dia. Time dia nak pergi dkt emak dia, ChulSoo nak ikut jugak. Tapi dia tak bagi, sbb dia tahu yang ChulSoo akan mati kalau dia ikot. So, dia pon cakap lah yg dia bnci ChulSoo, dia tampar Chulsoo supaya Chulsoo tahu yang Suni benci dia. Tapi, part paling sedih sekali ialah, bila ChulSoo cakap dkt Suni JANGAN PERGI. Perkataan pertama yang dia sebut ialah jangan pergi, tapi Suni terpaksa pergi ut kebaikan dia. Lepas pada tue, Suni pindah dok tmpat lain. Sebelum dia pergi, dia tinggalkan surat utk ChulSoo. Dia cakap Tunggu,  aku akan kembali.




47 tahun lepas tue, Suni pegi balik rumah tue sebab org yang beli rumah tue bagi rumah tue dekat dia. Dia pergi dgn cucu dia. Malam tue diorg tido situ dan Suni pergi dekat bangsal tempat ChulSoo dulu. Bila dia pergi situ, ChulSoo masih ada kat situ. Chulsoo bagi balik surat yang tinggal dulu. Sedih sangat time nie. Chulsoo dah boleh cakap dan baca. Bayangkan berapa kali dia bukak tutup surat tue selama 47 tahun. Sampai kusam surat tue. Suni menangis terus time nie. Huhuhu. Wanie pon nngis gak. Huhuhu. Esoknya, Suni balik rumah dia, tapi dia tak jual rumah lama tue. Sebab dia tahu Chulsoo tinggal situ. Huhuhu. Sedeyyy..




Mungkin Wanie cita tak sedih, tapi kengkawan cuba la tgok. Mang nie la filem korea yg paling best pernah wanie nonton. Yang Wanie tak pahamnya cita nie ialah asal usul ChulSoo. Tak tahu dia sebenarnya org atau wolf. diorg tak cita pon.. Pelik kan...


P/S :  "Love was the first human languageHe'd ever learned." - A Werewolf Boy



No comments:

Post a Comment