Tuesday, February 19, 2013

Stress

Author : Hazwani Hassan Time : 2:24:00 PM Comments : 0 Labels :

Semalam adalah hari yang stress bagi Wanie. Tak tahu la sebab apa. Semalam kan Wanie pergi jaga bebudak tadika tue lagi. Aigoo, bebudak nie makan apa ntah semalam. Diorg jadik hyperactive sangat. Semua yang wanie larang diorg buat, yang wanie suruh buat diorg tak mahu. Pening kepala dgn bebudak nie. Bak kata abang Gary Running Man – STRESSss. Kekeke.



Wanie pegi tadika tue pukul 9 pg. Kiranya lagi sejam diorg rehat. Time cikgu diorg yg sebenar ada, aduhai, diam ya amat. Bila cikgu tue keluar, semua sibuk nak bercerita. Kejap sana panggil, kejap sini panggil. Kalau tanya pasal kerja tak apa, masalahnya sekarang nie, diorg dok bercerita pasal rumah tangga diorg. Semalam pegi mana, makan apa, tgok cita apa. Bayangkan 21 org, semua nk bercerita, rasa macam nak pecah tadika.
2 3 kali jugak la Wanie tinggikan suara Wanie. Kalau tak buat macam tue, confirm tak diam punya. Dah habis masa pertama, diorang rehat. Time rehat dgn time main tak apa. Diorang tak bising sangat. Cuma mengadu sikit-sikit cakap kawan tak nak kongsi barang. Itu memang biasa lah. Kalau habis makan awal, dapat mainan banyak. Kalau lambat, dapat mainan sikit. Wanie dah tak larat tegur dah yang tue. Bila masuk pegi dkt diorg, diorg kongsi. Bila wanie blah jer, diorg rebut balik. Last-last wanie buat tak tahu jer.

Dah habis makan, berebut kerusi pulak. Si Izzat dgn Si Najwan nie duduk sebelah-menyebelah. Kerusi pulak sama, warna biru. Wanie tgah tulis nama kat buku diorg waktu tu. Tetibe dgar Si Izzat nie menjerit. Dia cakap Najwan ambik kerusi dia. Wanie dah hangen 1 badan dah nie. Kerusi sama jer pun, entah macam mana dia boleh ckap Najwan ambik kerusi dia. Penat jugak la dok pujuk diorg nie. Last-last diorg sedar sendiri yg kerusi tue sama jer. Adoyaii. Mampos mcm nie. Ha.. budak yg nangis tue dia tak datang. Jadik kerja Wanie amat senang. Tak payah susah-susah pujuk dia. 


Sekarang nie tgh stress sbb tak tahu kat mana letaknya Kolej Mara Kulim. Wanie dpt surat BR1M hari nie. Alhamdulillah, dpt jugak duit. Masalah nyer skang Wanie tak tahu tmpt nk ambik duit tue. Memang tak jauh dari rumah Wanie, tapi tak tahu. Huhuhu. Kejap lagi Emak nk bawak tunjuk jalan, sbb nnti Wanie kene pegi sorg. 

P/S : Doakan Wanie dpt cari jalan pergi Kolej tue. Wanie nk duit wehh. Kahkahkah.. Dasar mata duit-duit...

No comments:

Post a Comment