Monday, February 18, 2013

Bizi Bizi Bizi

Author : Hazwani Hassan Time : 10:00:00 AM Comments : 0 Labels :

2 3 hari nie Wanie bizi jer. Kalau tak bizi pon, Wanie tetap akan membizikan diri Wanie. Ker?? Nampak sangat menipunyer. Actually minggu lepas akak Wanie balik. So, dia bwak balik segala harta benda dia yakni reben, lidi, bunga dan segala barang utk buat bunga telur. Eh, tak tau ek. Akak Wanie nk kawen dah. Bulan 3 nie akad nikah, tapi knduri bulan 5. Apesal knduri lambat sangat? Sebab kami mengalami sedikit kesulitan. Okay, tak nak cite yang tue. Wanie nk cita pasal Wanie.

Hari Ahad minggu lepas, kitorg pegi rumah Abah lagi. Best pegi rumah Abah tau. Kitorang pegi dalam tengahari camtu lah. Sebab eh, kitorang pegi makan knduri dulu. Kitorang pegi rumah Abah nie bukan sebab nak masuk Siam sambut Raya Cina okay. Tue dah terpesong sangat niat tue. Kitorg pegi nak uruskan hal si Akak nie. Dia nak pegi tgok pelamin kat kedai kawan Abah. Kedai MakNgah tue dekat Alor Setar. Kitorg pegi ari Ahad tapi hari Isnin baru kitorg pegi kedai Mak Ngah. Sebelum tue kitorg pegi makan kenduri rumah kawan Abah jugak. Dalam bendang wooo. Tapi takde padi. Sebab musim kemarau, tanah pun dah retak-retak. Takut jugak tengok tanah camtu, tapi best sebab berangin. Tak payah guna kipas pong.

Bila dah balik rumah nie, berbagai aktiviti la Wanie buat. Kejap buat reben, kejap potong reben, kejap buat bunga, kejap iron baju, kejap masak nasi, kejap jaga anak. Okay, yang last-last tue semua melalut. Wanie tolong Akak buat bunga telur jer. Masak? Masak tak payah, ada chef kat rumah Wanie. Kekeke. Itu jer la keje Wanie minggu lepas. Akak dah balik pon semalam. Dia angkut sekali Si Tinggi balik rumah dia. Aigoo.. Dia ajak Si Tinggi teman dia balik KL sebab dia takut nk balik sorang2. Epul dah balik dari hari ape ntah, lupa dah.

Kelmarin jugak, Wanie pegi Sekolah Si Gemuk. Dengar ceramah motivasi untuk waris tahun 6. Ceramah disampaikan Ustaz Haji Hassan B. Ahmad. Ustaz nie fun okay. Beliau kalau cakap mesti buat pantun. Beliau ada cite pasal anak beliau kat kitorang.

"Anak saya hari nie tak sekolah. Tapi dia ikut mak dia pegi mengaji. Kalau duduk rumah, confirm dia tgok cartoon. Tiap kali cuti dia tengok cartoon. Sabtu cartoon, Ahad cartoon. Isnin pegi sekolah jadi anak cartoon. Dahla si maknye nama zaiton. Orang tanya anak sape, anak ton. Rupanya anak zaiton, ingat anak cartoon."

Lorh, serius lawak gile time nie. Terus tak mengantuk. Kekeke. Ceramah habis dalam pukul 11 macam tue la. Nak tau hari nie Wanie buat apa? Hari nie Wanie jadi cikgu tadika lagi. Yahoo.... Bye bye....


No comments:

Post a Comment