Tuesday, September 10, 2013

UPSR

Author : Hazwani Hassan Time : 3:42:00 PM Comments : 0 Labels :

Akhirnya... Setelah 9 bulan membuat latihan untuk berperang, hari nie dah masuk ke medan peperangan. Hari ini Si Gemuk UPSR. Wanie rasa lega sangat bila UPSR dah sampai. Mana tak leganya, kesian sangat tengok SG nie kat sekolah.

Wanie masa darjah 6 dulu, kalau ingatan Wanie masih betul la kan dalam tahun 2002 kot, takde lah sampai teruk macam nie. Wanie dulu habis sekolah pukul 1 tapi Wanie tak balik rumah. Wanie tunggu Emak datang hantar bekal sebab pukul 2 ada kelas tambahan. Selesai kelas tambahan ada kelas Kafa pulok. Tapi hari Ahad - Selasa jer. Hari Rabu & Khamis, pukul 1 dah sampai rumah dah. Haa, camno tuh?

Buat latihan pun ala kadar jer dulu. Apa yang cikgu ajar macam masuk tak masuk jer dalam kepala hotak nie. Tup-tup, dah kena susun meja untuk UPSR. Wanie dulu macam blur jer, ape kehal sampai nak kena ukur guna pembaris 1 meter kan. Selalu renggangkan meja tak payah ukur-ukur pon. Pastu jawab exam pulak macam jawab exam pertengahan tahun jer. Sikit pon tak serius. Main-main lagi ada la.

Maybe disebabkan perangai Wanie macam nie cikgu tak pilih Wanie sebagai calon untuk dapat 5A atau 4A1B. Time cikgu pilih nie macam terasa jugak la. Kawan-kawan Wanie suma cikgu pilih sebagai calon 5A. Wanie sorang jer tak. Huhuhu. Tapi, bila result kuar, suma cikgu terkejut. Bukan setakat cikgu jer, Emak Abah & Wanie sendiri  pon terkejut. Wanie tak la pandai sangat, So Wanie dapat 4A 1B jer. Bukan nak ngumpat, tapi kawan Wanie yang cikgu target dapat 5A tue dapat rendah dari Wanie pon ada. Semua cikgu datang peluk Wanie. Cikgu pompuan jer la. Ye la, mana orang nak sangka kan budak tak berapa nak cukup nie bole dapat 4A. Kekeke.

Okey, tue zaman Wanie dulu. Zaman SG sekarang nie dah lain. Dah berubah sangat dah. Bebudak sekarang masuk jer darjah 6 dah ada komitmen. Dah mula berfikiran matang. Macam mana tak matang kalau dah setiap hari bertimbun latihan kena buat. Si Gemuk nie, pergi sekolah pukul 6.45 pg. Kenapa 6.45? Sebab eh, SG terpilih untuk masuk kelas tambahan yang cikgu sediakan di awal pagi. Bila dah masuk sekolah awal, mesti ingat habis sekolah pon awal kan? Masalahnya tidak.

SG habis sekolah pukul 1.15 ptg. Tapi dia tak balik lagi. Sebab 1.30 dia akan ada kelas tambahan sampai 2.30 ptg setiap hari kecuali hari Khamis. Bila dah balik, latihan confirm bertimba-timba. Okey kalau bagi latihan banyak, tapi malamnyer dia ada kelas tambahan lagi. Start pukul 8 mlm sampai 9.30 malam. Ini pon setiap malam kecuali malam Jumaat. Balik nak kena buat latihan lagi. Aigoo, penat sungguh Wanie tengok dia.

So, bila dah UPSR nie, Wanie rasa Alhamdulillah sangat. Semoga lepas nie hilang sikit penat dia. Hari ini, masa nak pergi tadi hujan lebat sampai sekarang baru berhenti. Alhamdulillah, hujan rahmat Emak kata. Nak bagi bebudak exam sejuk sikit. Wanie harap sangat yang dia boleh jawab dengan elok dalam UPSR. Wanie tak pernah mintak supaya dapat 5A atau 4A. Bagi Wanie, setakat mana dia mampu, Wanie terima dengan seadanya. Tapi kalau elok Alhamdulillah.

P/S - Goodluck pada semua yang menjalani peperiksaan UPSR hari ni. InsyaAllah akan berjaya....



No comments:

Post a Comment