Tuesday, May 18, 2010

nak hapdate jgak

Author : Hazwani Hassan Time : 4:33:00 PM Comments : 1 Labels :
ngah sakit cmnie pOn..
ak nk hapdate jgak...
peduli hape ak!!!
hahaha...

ak migrain lg weih...
sakit gilo..
tpi...
dah nama pOn pemalas kan..
makanya...
xmakan ubat la ak..
see!!!
ak amat malas Ok...
nak telan ubat...
demam pOn x baik lg...
migrain nie...
syOk je nk serang ak...
x gitu mbak??
auwww... geli mat mat mat...

ak pOn xtau..
dri mno ak dpt migrain nie...
dpat since ak sem 2...
kt ILP lgik...
stat ary tu..
roOmate ak jdik caring lbey..
besalah..
dapat roOmate sakit cam ak nie..
xde paedah pOn..
nyusahkan lg de la..
hahaha...
tq rumate..
I SAYANG U LEBIH LAAA...
huahuahuahua...

skang nie..
than ngan ubat jer...
xblajO pOn sakit..
pelik kan???
abes???
nk wat cmnO..
Allah nk bg ujian..
tima je la...
gugur gak dOsa2 kecik ak...
ada ke???
rsa cm suma dOsa besar jer..
hehehe..
cup2...
gurau je ek...
kang ckap ak nie kurang didikan plak...
ak amatlah baik ok...
kan mak kan??? ceh tetiba...

nk kongsi ckit..
pasal migrain nie...


MIGRAIN (http://www.mahsuri.com.my/blog/rawatan/migrain)

Pengenalan Penyakit

-Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
-Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
-Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.

Jenis-Jenis Migrain

-Migrain tanpa aura
-Migrain dengan tanda aura
-Opthalmoplegic migrain
-Status migrain

Punca penyakit / Faktor Risiko

-Genetik
-Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
-Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
-Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
-Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
-Tekanan perasaan atau ’stress’
-Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
-Cahaya yang sangat terang
-Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
-Letih yang keterlaluan
-Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
-Pengambilan pil ‘ contraceptive’
-Haid
-Pengambilan pemanis tiruan
-Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
-makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
Tanda- tanda / Simptom

1) Migrain tanpa aura
-Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris- garis
-Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
-berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
-denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan

2) Migrain dengan tanda aura
-jarang berlaku
-pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
-Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan

3) Opthalmoplegic migrain
-terlalu jarang berlaku
-sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
-mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
-pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit

4) Status migrain
-berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
-boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
-migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang

5) Bentuk serangan migrain
-’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
- ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah sedikit atau kelihatan pucat
-’pallor’ berpeluh-peluh
-’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
-’photophobea’ - sensitif pada cahaya
-’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala



MIGRAIN ( http://sammaituhanajwa.blogspot )

PERTUKARAN musim dari syita’ ke saifi adakalanya menyebabkan kondisi badan seseorang mengalami tahap kesihatan yang tidak tetap. Migrain merupakan salah satu penyakit yang kerap kali menyerang seseorang apabila tubuh sering terdedah di bawah sinaran matahari yang terik. Namun, ada juga yang mengatakan migrain disebabkan terlalu kuat study, kurang tidur dan sebagainya. Namun, sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Berkesempatan membelek sebuah majalah beberapa hari lepas di rumah seorang teman, menemukan saya dengan beberapa fakta mengenainya. Saya kira, ia bermanfaat untuk dikongsi bersama.

MIGRAIN
Migrain dikenali sebagai vascular headache manakala dalam bahasa Greek ia disebut sebagai henikmikrania yang bermaksud sebelah tengkorak. Kebiasaannya penghidap penyakit ini akan merasa sakit pada sebelah kepala sahaja. Tetapi lama-kelamaan migrain yang telah mencapai tahap teruk boleh menyebabkan rasa pening berlanjutan (nausea), muntah, cirit-birit juga sensitif pada cahaya dan bunyi. Ia berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflamasi).

FAKTOR PENTING PENYEBAB MIGRAIN

KETURUNAN
Bagi individu tertentu saluran darah mereka begitu sensitif kepada kesan penyejukan dan mambran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan efektif. Kesan ini menyebabkan mereka mudah mendapat migrain.

PEMAKANAN
Jenis makanan yang diambil turut mempengaruhi kesihatan seseorang. Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (ajinomoto), keju, coklat, kekacang dan beberapa jenis kandungan lain juga menyebabkan migrain. Ini kerana ada di antaranya mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh menyebabkan saluran darah mengembang dan seterusnya menyebabkan migrain. Sesetengah individu yang menghadapi masalah berat badan dan mengamalkan diet yang tidak betul juga boleh menyebabkan migrain. Ini kerana apabila kandungan gula dalam darah menurun dan menyebabkan saluran darah mengembang. Alahan (allergic) juga boleh menjadi penyebabnya. Begitu juga dengan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, nescafe dan minuman berkarbonat dan pemberhentian secara mendadak juga boleh menyebabkan migrain. Kafein akan menyempitkan saluran darah dan apabila individu itu berhenti secara mendadak mengambil minuman berkafein ia akan menyebabkan saluran mengembang dengan cepat.

HORMON
Secara terus, kemungkinan oestrogen tidak mengakibatkan migrain tetapi paras oestrogen yang tidak menentu turun dan naiknya boleh menyebabkan migrain terjadi. Kadar kejadian migrain di kalangan wanita biasanya menurun semasa mengandung dan kebanyakan wanita akan mengalaminya sebelum, semasa dan selepas kedatangan haid. Ini kerana paras oestrogen pada waktu ini tidak menentu. Bagi wanita yang mengambil pil perancang sebahagiannya mengalami migrain kerana ada sesetengah pil tersebut mengandungi eostrogen. Begitu juga bagi mereka yang menjalani rawatan Hormone Replacement Therapy (HRT). Kaedah ini juga turut mengandungi oestrogen dan menyebabkan paras oestrogen dalam badan tidak menentu.

GAYA HIDUP DAN PENYEBAB
1. Terlebih, kurang tidur atau masa tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan migrain. Pemakanan yang tidak teratur atau tidak makan.
2. Pengambilan ubat juga boleh menyebabkan migrain. Oleh itu, minta nasihat doktor sebelum mengambil ubat.
3. Perubahan cuaca juga boleh menyebabkan migrain. Ini termasuklah keadaan pancaran matahari yang terik atau lampu yang terang.
4. Bunyi atau bau yang kuat.
5. Menonton televisyen atau mengadap skrin komputer dalam tempoh masa yang agak panjang.
6. Tekanan emosi atau stress. Ia bergantung kepada individu itu sendiri samada sebelum atau semasa menghadapi tekanan.
7. Merokok.
8. Jantina (tiga hingga empat kali lebih kerap wanita berbanding lelaki).

JENIS-JENIS MIGRAIN

Classic Migraine
Bagi penghidap migrain jenis ini, kebiasaannya terdapat tanda-tanda awal yang dikenali sebagai aura atau prodrome sebelum berlakunya migrain. Ia berlaku kira-kira 5 ke 15 minit. Antara tanda-tandanya ialah terlihat cahaya terang, garisan zigzag, bayangan berganda, kebas, buta sementara, pening dan berpusing-pusing, sukar bercakap serta fikiran bercelaru.

Ini disebabkan oleh saluran darah yang berfungsi sebagai penghantar darah ke otak dan tisu sekeliling mengecil sementara dan menghadkan penghantaran darah seterusnya menyebabkan gangguan pada saraf frasa dan pengawalan motor.

Common Migraine
Ramai penghidap migrain jenis ini dan hanya terjadi tanpa amaran atau tanda-tanda. Panduan untuk mengurangkan masalah ini antaranya ialah penjagaan waktu makan dan tidur yang sempurna serta pengurangan pengambilan garam bagi wanita yang mengalami migrain sebelum tiba waktu haid. Senaman yang kerap dan teratur boleh membantu mengurangkan ketegangan badan dan migrain.



ak copipes jer..
dri blog yg ada..
selamat membaca...

1 comment: