Friday, December 28, 2012

Lawatan ke KL 2

Author : Hazwani Hassan Time : 10:30:00 AM Comments : 0 Labels :

25/11/12 - Check-In Hotel & Rumah Epul

Bila Wanie sampai jer, terus Abah cakap yg kitorg tak boleh check-in lagi. Ye la, sape nk check-out pepagi buta kan? Selalunya org check-out dlm pkul 12 mcm tue. Waktu nie, baru pkul 7 lebih. Ada lebih kurang 5 jam lagi kalau nak tunggu. Owh, lupa nak bgtau yg kitorg akan check-in kat hotel nie:-

The Nomad SuCasa
222 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
http://www.thenomadsucasa.com/

So, kitorg duduk jer la kat lobby tue lebih kurang dalam 30 minit. Pastu Abah cakap kat Kakak suruh bwak kitorg balik rumah dia dulu. Sebab eh kitorg nie tak mandi laie. Abah suruh pegi pasar sama untuk beli ikan or sayur. Senang nk masak bila dah check-in nanti. Wanie, Emak & Si kecik ikut kakak balik rumah dia. Abah, Si kurus & Si Gemuk pulak tggu dkat hotel. Mana tau kot boleh masuk awal kan. So, bermulalah kisah hidup Abah dan anak-anaknya kat sana. Kejap pegi swimming pool, kejap dtg lobby balik, kejap pegi toilet. Aihh, mcm2 la diorg buat kt situ sementara nak tggu kitorg blik.

Kitorg pulak, memula sekali pegi pasar dekat Chow Kit. Serious Wanie ckap, Wanie tak pernah pegi pasar yg sepanjang @ sejauh nie. Walaupun dah jalan jauh masih tak nampak penghujung jalannya. Yang si Kakak & Emak nie seronot jer Wanie tgok berjalan sampai tak berenti. Ikan yg dicari tak jumpa jgak. Last2 pusing balik & beli dekat kedai mula2 sekali. Aihh.. Ikut jer la, kang tak ikut kena tinggal pulak. Nnti tak de sapa nk ambil bela kan. Kekekeke...

Lepas selesai aktiviti berjalan kt pasar CHow Kit, kitorg terus pegi rumah kakak. Eh, rasa mcm ada yg tertinggal. Haa!! Kitorg pegi antar Epul kat rumah dia dulu. Lpas tue baru pegi umah Kakak. Kat rumah dia takde org sebab masing2 keje. Kakak pulak pkul 10 baru keje. So, ada kami berempat jer kat rumah tue. Kitorg pon start la aktiviti kitorg. Makan & mandi. Dah selesai semua, dlm pukul 9.30, kakak antar kitorg blik Hotel sebab dia nk pegi keje. Emak bgkus nasi untuk abah & adik2 yg lain. Waktu nie, still tak boleh check-in lagi. Kitorg pegi makan dekat swimming pool smbil tgok org mandi. Kekeke.

Dalam pukul 11 cam tue, kawan Abah dtg. Ingat dia nk datang waktu kitorg pegi rumah kakak tadi, boleh la dia bawak Abah & Adik2 pegi makan. Tapi dia datang waktu Abah & Adik2 dah selesai makan. So, Abah pegi sembang2 jer la dengan dia. Masa nie, baru pihak hotel bg tau yg kitorg dah boleh check-in. Tue pun, tak dapat bilik yg kitorg nak. Kitorg nk tingkat 3, dia bg tingkat 21. Tinggi sgt, gayat weh. 1 reason why dia bg blik ini adalah kerana dia kesian tgok adik Wanie kejap tidor sana, kejap tonggeng sini. Terus dia bg bilik yg paling awal check-out. Kekeke. Kamsahamnida!!!

Abah tgah check-in. Si Kurus tue nyibok jer.

Kitorg dapat bilik 2121. Cantik tak no bilik kita? I suka tau. Hehehe. Masuk jer dalam bilik, terus jer kitorg membuta dengan jayanya. Wanie tido tak hengat dunia. Wanie sedar jer kakak Wanie dah balik keje. Hurm, kakak Wanie, dia dah angkut segala baju dia untk tido bersama kami. Dasat tak kakak Wanie? Org tido hotel. dia pon nk jugak. Abah pun tak ckap apa. Kang cakap sentap pulak kan. Redha jer la ada anak mcm nie. 

Malamnyer pulak, kitorg dah janji nk pegi rumah Family Epul kat Nilai. Dalam pkul 8.30, Epul dtg ambik kitorg. Kitorg pegi 2 kete. Kete kakak dgan kete kawan dia, Epul pinjam. Jalan di KL adalah tidak fun ok. Sangat jem. Tapi kitorg guna Smart Link kot. Lupa la nama apa. Guna link tue tak de lah jem sangat. Kitorg pegi makan2 jer. Wanie tak ambik gambar pon. Kang diorg ckap Wanie tak betul pulak. Kejap2 ambik gambar kan. Dah la Wanie masih dlm proses mengenali antara satu sama lain. So, Wanie sangat bersopan-santun kala itu. Cuma time dgar lagu 'Apo Kono Eh Jang' jer terover ckit. Tersengih2 mcm kera tak cukup bulu. Kekeke.

Kitorg blik dari umah Epul pkul 12. Sampai hotel boleh kira sendiri ye pkul berapa. Sebab dah malaih nk kira. Yang Wanie tau kitorg tido pkul 3 pagi masa tue. Amatlah penat hokeh. Tido pon x sempat nk mimpi. 

To be continue............





Tuesday, December 11, 2012

Lawatan ke KL 1

Author : Hazwani Hassan Time : 10:00:00 AM Comments : 0 Labels :

24/11/12 - Memories of Train

Wanie cuba luangkan masa untuk hapdate sedikit demi sedikit kisah hidup Wanie waktu kt KL hari tue. In Sha Allah dlm minggu nie atau minggu dpan selesai la kot. Bajet mcm pegi lama pulak kan. Kekeke. Wanie pegi 24 hingga 29. Lama tak? Seminggu jer, x boleh pegi lama2 sebab kt kampung ada knduri. Pegi seminggu pon dah ckup sbb kitorg x jejalan mana pun. KL kan tgah musim ujan skang, so nak kluar pon pyah.

Ktorang bertolak dri umah pkul 8 pg camtu lah. Kitorg kena pegi rumah Abah dulu. Sebab kitorg naik train dekat stesen Alor Star. Kitorg bertolak awal sbb eh baju suma x packing lg. Beg roda besar ada dkat rumah Abah. Bila sampai umah Abah baru gelut nk lipat baju, nak packing, nak bawak tu, nak bawak nie, haihh mcm2. Train ktorng pkul 7.45 mlm. Maknanya sempat la kitorg solat Maghrib dulu.

Ktorg bertolak dari rumah Abah pkul 6 ptg. Takut tak smpat sampai sebab tu pegi awal sikit. Kitorg naik teksi kwan Abah 2 bijik. Sebijik mana muat weh. Badan sorg2 macm tong drum. Mana nk ltak beg lagi, lastly Abah minta 2 bjik. Waktu nak pegi nie ujan tapi x berapa nk lebat la. Jalan pon okay, x jam. Iyelah bukan dok KL pon nk jammed kan. Jalan kat Kedah amatlah fun okay. Tak jammed pon. Ohmaigad, I love Kedah!! Motip?

Sampai kt stesen dalam nak dekat pukul 7 dah. Tak sangka ramai jugak org yg nk pegi KL naik train. Ye la, train kan slow. Selalu org naik bus jer. Boleh kata malam tue penuh jgak la stesen. Kitorg smpai trus pegi solat Maghrib dulu. Dekat situ disediakan surau, so boleh solat dulu smntara tggu train dari Hatyai tue sampai. Lepas solat, lama jugak la kitorg tunggu sbb train lmbt sampai. Dlm pkul 8 baru train sampai. Kitorg pon gelut jer naik. Dah tak pernah naik train weh, takut kena tinggal jer. Kekeke.

Train nk pegi, kitorg dok class biasa jer. Penuh jugak seat. Kitorg dok depan sekali, depan tv tapi x tgok tv pon. Mula2 jer jakun, dah lama sikit rasa biasa jer naik train. Macam naik bus jugak. Disebabkan kitorg naik malam, maka aktivitinya ialah tido. Abah pegi beli nasi lemak kt kantin sebab semua dok merengek kata lapar.  Lpas makan nasi lemak mula la rasa mengantuk. Tapi harem, tak boleh tido pon. Kenapa?

Sebab yg pertama adalah, belakang seat yg Abah dan Emak dok ada seorg akak nie, dia naik train dgn 2 org anak dia. Seorg dalam 3 tahun cmtu la. Sorg lagi maybe 1 tahun kot. Anak dia yg kecik tue, sebelum kitorg tido, dia dok main dengan Si Gemuk & Si Kurus. Kiranya dia happy la. Tapi bila time tido, Masya Allah, Wanie boleh jadik manusia terbengang sekali dlm train tue. Dia menangis sepanjang jalan. Start from stesen Ipoh maybe, until kitorg smpai KL Sentral. Tak tahu la sebab apa. Emak ckap dia mkan jagung tapi Mak tak ckap pulak effect makan jagung apa dia.

Wanie boleh tido kejap jer. Tue pon x brape nak lena sgt. Kesian jugak kat akak tue, penat dia dok pujuk anak dia. Nasib baik xde org mengamuk. Ada 1 lagi sbb kenape Wanie tak boleh tido, tapi malas la cita. Kang kata Wanie suka mengutuk org pulak kan. Biar Wanie sorg jer lah yang tahu. Kekeke. Dok dalam train rasa kejap ke. Tgok2 dah sampai KL Sentral.

Ktorg sampai nk dkat pkul 6 jugak la. Terus call Kakak soh dia dtg ambik. Kitorg pegi hotel naik 2 kete. Satu kete akak, satu lagi teksi. Wanie naik kete akak sbb nk pegi beli something untuk mengisi perut yg kosong nie. Akak singgah kat kedai tepi umah dia. Kitorg beli roti canai dgn air. Abah & Emak terus pegi hotel. Tunggu kitorg kt situ. Lepas habis bungkus, kitorg terus pegi ke hotel yg Abah booking. Dkat AmpangWalk. Sampai je hotel, Wanie terima 1 berita ug kurang menyenangkan...

To be continue....


Monday, December 10, 2012

Ujian Allah S.W.T

Author : Hazwani Hassan Time : 10:00:00 AM Comments : 0 Labels :
Firstly, Wanie nk minta maaf sebab Wanie tak sempat nak hapdate pasal trip to K.L tue lagi. Wanie tak sempat. Lepas Wanie balik dari K.L, kitorg terus pegi umah tok. Sebab ada kenduri, sepupu Wanie nk kawen. Dah selesai kenduri sepupu, Wanie kena pegi ambik keta Wanie yg Wanie tinggal dkat umah Encik Abah, dekat sempadan siam tue ha. Ala, lagipon takde sape nk membace belog nie. Hapdate lambat sikit pon takpe.

So, ari khamis ari tue kitorg pegi ambik kete Wanie dekat umah Encik Abah. Kitorg pegi berlima semuanya. Encik Abah, Puan Emak, Wanie, Si Tinggi & Si Kecik. Yang lain duduk kat umah dengan Cik Kakak. Kitorg pegi naik kete Encik Abah. Sampai je umah Abah, kitorg masuk rehat2 kejap. ingat lepas Zohor baru nk bertolak balik umah. Waktu terluang nie, Si Tinggi basuh kete. Pastu, dia lap kete Wanie guna 1 sabun yang Abah ada bagi pada dia. Wanie pon tak tahu lah sabun ape ntah. 

Si Kecik nie seronok main bubble baru beli
Nampak tak Si Tinggi belakang tue
Bubble lagi


Wah, gembiranyer kau!!

Lepas solat Zohor, lebih kurang dlm pkul 2 ptg cmtu, Abah suruh Si Tinggi blik dlu naik kete Abah. Kitorg plak dlm pkul 3.30 ptg cmtue baru bertolak. Wanie bawak kete, Emak dok tepi, Abah & Si Kecik dok seat belakang. Alhamdulillah, cuaca cerah & tak berapa panas. Tapi, sampai kat R&R Gurun, hujan turun. Tak lebat sangat, mayba dah ujan sebelum tue sebab nampak jalan basah.
Nak dijadikan cerite, Emak pernah ckap kalau guna sabun yang Abah bg tue, kalau ujan tak payah bukak wiper. Sebab air ujan akan naik ke atas dan kering sendiri. Wanie pon tanya la Emak, "Mcm nie ke jadi kalau ujan mak?" Smbil tgok kt cermin depan. Emak pon jawab, "A'ah, jadik mcm nie la". Elok jer Emak habis cakap, TUPPPP!!! Cermin depan pecah. Hanya Allah jer yg tahu betapa terkrjutnya Wanie waktu tue. Nasib baik Wanie masih boleh kawal stereng tue.

Waktu nie dah sampi kedai

Abah terus ckp bagi signal & berenti kt tepi. Time nie ujan lagi, tapi x lebat. Wanie pon x tau kenapa cermin nie boleh pecah, nak kata kena batu tapi x nampak pon batu. Abah cakap mungkin sebab temperature. Dah sembang & tenangkan diri dlm 5 minit camtu, ada 1 kete berenti blakang kete Wanie. Dia bwk kitorg pegi workshop dia kt SP. So, Wanie drive pelan2 guna laluan kecemasan sampai SP.
Waktu nie, Kakak dah sibuk call dah tanya apesal x sampai2 lagi. Banyak kali jugaklah dia call. Cadang nk pegi pasar malam dgn dia, tapi x jadik. Waktu kitorg samapi workshop dah pkul 5 lebih. Nasib baik pekerja2 workshop nie buat keja cepat. Sebelum Maghrib dah sempat siap. Tapi kitorg x balik terus, kitorg pegi medan selera makan dulu sebab Abah & Emak dari pagi x makan. Lepas makan, baru kitorg balik. Bila sampai jer umah, penat kena interview dengan 4 org wartawan x bertauliah. Aduhai badan.....



Si Kecik baru bangun Tidur, dia terkejut







Kesian Abah & Mak lapar

P/S - Waktu jadik nie, Si Kecik tgah tidur kt belakang. Dia terkejut & terjaga terus nak menangis. Alhamdulillah, semuanya selamat. Balik umah, Wanie pikir2 balik, mungkin Allah S.W.T nk tunjuk, yang Wanie nie makin lalai kot. In Sha Allah Wanie akan memperbaiki diri Wanie.




Tuesday, December 4, 2012

Belum Punya Masa

Author : Hazwani Hassan Time : 3:01:00 PM Comments : 0 Labels :


Wanie dah blik dri K.L. Tapi Wanie minta maaf sbb x smpat update belog lagi. Nanti ada masa Wanie akan update, okey!!!!